Oleh Kumis Kumis
SUKU KAUM BULUDUPI:
Adalah suku kaum yg banyak ditulis dan dikaji oleh Pihak
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Ini adalah disebabkan
kepentingan Gua Gomantong sebagai Kawasan Sarang Burung yg di bawah pengaruh
Suku Kaum Buludupi dan juga kisah Perang Sabil di antara Kaum Buludupi dengan
pihak penjajah Barat.
Pada awal zaman SBBUB, suku kaum Buludupi merupakan suku
kaum yg dominan di kawasan Sungai Kinabatangan dari Sugut dan Paitan di sebelah
Utara ke Tabunak sebelah Selatan. Suku kaum yg selalu bersama Suku Kaum
Buludupi adalah Suku Dumpas di Utara dan suku kaum Idaan di Selatan.
Sejak 120 tahun yg lalu Suku Idaan dari Lahad Datu
ramai bergaul dengan suku Buludupi
sehingga bahasa mereka seakan sama dengan bahasa Suku Buludupi. Suku Buludupi
juga menjadi salah satu cabang suku Idaan. Suku kaum Buludupi dan suku Sungai
Segama ramai yg memeluk agama Islam dan mereka di kategori kan sebagai suku
kaum yg boleh bercakap bahasa Dusunik dan Paitanik.
Ada di kalangan Suku kaum Buludupi mengatakan yg mereka
berasal dari Brunei dan ada yg mengatakan mereka dari Nunuk Ragang. Ada pula yg
mengatakan yg mereka adalah suku kaum Sungai Segama yg berpindah Ke Sungai
Malangking berasal dari susurgalur seorang wanita yg bernama Duli Riok Apoi
sekitar 11 Generasi yg lampau. (menurut keterangan Pengiran Hj Batchi Butet
dari Bilit...)
Ada sebuah kisah Legenda yg menceritakan satu pasangan Suami
isteri yg tinggal di tepi Sungai Malangking. Mereka sedang membersihkan kawasan
ditebing bukit untuk menanam padi dan mempunyai seorang bayi perempuan berkulit
cerah yg bernama Riok Mas. Pada suatu hari pasangan tadi keluar sebentar dan
meninggalkan Riok Mas di rumah. Apabila pasangan itu balik ke rumah bayi mereka
Riok Mas telah hilang. Mereka terus keluar dari rumah dan mencari bayi tersebut
ke sana ke sini sehinggalah mereka sampai kekawasan hutan yg mereka baru
bersihkan.
Di kawasan tersebut mereka berjumpa sebatang pokok
"upi" dan di sebelah pokok tersebut ada seorang bayi yg menangis.
Rupa bayi tadi hampir sama dengan rasa muka Riok Mas cuma kaki dan tangan bayi
ni banyak bulu.
Pada masa itu kedengaran satu surat ghaib yg berkata ...
"Saya adalah semangat dari pokok upi dan anak kamu sudah saya ambil dan
saya tukarkan kepada anak saya Riok Apoi" . Ibu Riok Mas merayu untuk
mendapatkan anaknya kembali tetapi gagal. Maka pasangan tersebut akur dan
menerima Riok Apoi sebagai anak mereka dan memelihara Riok Apoi dengan penuh
kasih sayang sehingga dewasa dan berumah tangga .
Susurgalur dan keturunan Riok Apoi dikenali sebagai suku
kaum Buludupi sempena nama "Bulud" bererti "Bukit" dan
"Upi" dari nama "Pokok Upi" tadi. Suku kaum Buludupi
mendiami dari kawasan Segaliud hingga ke Kinabatangan dan Sungai Segama . Suku
kaum Buludupi dapat dibezakan sedikit dari suku Idaan dari bulu di tangan dan
kakinya ada tebal sedikit berbanding dengan suku Idaan yg lain.
Pokok Upi tadi bergolek jatuh ke Sungai Malangking dan
menjadi Batu. Riok Apoi melahirkan anak bernama Adok Bibi seterusnya mempunyai
anak bernama Panglima Asan, mempunyai anak bernama Musa lalu mempunyai anak
bernama Hashim mempunyai anak bernama Imam Abdul Rahman.
Satu lagi keluarga suku kaum Buludupi yg terkenal adalah
susurgalur Oyad yg melahirkan Mariva dan mempunyai anak bernama Imam Yusof yg
mempunyai anak bernama Panglima Kadir.
GUA GOMANTONG:
Apabila pahlawan Suku Sagaii dari Kalimantan menyerang
Kinabatangan, cucu Duli Riok Apoi yg bernama Panglima Asan memimpin para
pengikutnya ke Bulud Dain atau Bukit Garam untuk menjadi tempat perlindungan.
Tiang belian rumah mereka masih boleh kelihatan di bukit tersebut. Erti,
Kepentingan dan asal usul pengunaan tiang kayu belian tidak dapat diketahui
oleh suku Sukang di Butong, tetapi apabila mereka terjumpa kawasan bekas tiang
rumah tadi maka mereka memasukan elemen legenda buaya dan kaitannya dengan suku
kaum Sabangan.
Panglima Asan dan pengikutnya kembali ke Kampung mereka
dekat Batangan selepas suku kaum Sagaii balik ke tempat asal mereka. Pada suatu
hari Panglima Asan terjumpa seorang ahli suku kaum Sukang dari kawasan Koromuok
yg sedang lapar dan hampir mati bernama Batulong di tepi sungai Kinabatangan di
Batangan. Batulong baru saja terjumpa Sungai Kinabatangan selepas meninggalkan
Gua Gomantong. Panglima Asan membawa balik Batulong kerumah dan merawatnya
hingga sembuh.
Sebagai tanda penghargaan, Batulong memberitahu Panglima
Asan tentang Pasuk Rok atau Simud Hitam sebab itu saja gua yg dia pernah nampak
dan waktu tu penuh dengan sarang burung yg boleh di makan. Panglima Asan merasa
sungguh gembira serta meraikan hadiah dan maklumat dari Batulong itu selama 5
hari 5 malam bersama pengikut pengikutnya. Secara kebetulan Pengiran Sandukung
dari Kampung Melapi dengan adik beradiknya bernama Kasiruddin, Kaid (paid) dan
Padkon melintasi Kampung Panglima Asan.
Mereka mengayuh ketepi Sungai dan bertanyakan kepada orang
Kampung tentang apa yg mereka raikan dan mereka diberi tahu tentang hadiah gua
sarang burung oleh Batulong. Empat orang adik beradik Pengiran Sandukung tidak
tahu lokasi gua tersebut lalu mereka meminta pertolongan makcik mereka yg
terkenal dengan kuasa mistik untuk mengesan lokasi gua tersebut dengan syarat
mereka hanya boleh mengambil 7 keping sarang Burung saja kalau lebih maka
mereka akan menghadapi malapetaka di belakang hari. Makcik Pengiran Sandukung
memberi tahu bahawa mereka perlu
mengayuh perahu ke hilir Sungai Melapi yg air Sungai nya berwarna hitam
sehingga mereka bertemu air Sungai yg berwarna Putih.
Pengiran Sandukung kemudian mengayuh perahu mereka dari
Menanggul sehingga ke kawasan Gua Gomantong dimana mereka berjumpa bukan saja
gua Simud Hitam tapi terjumpa gua Simud Putih. Pengiran Sandukung dan adik
adiknya mengambil semua sarang Burung tersebut serta melanggar pesan makcik nya
tadi, selepas itu mereka menutup mulut gua Simud hitam dengan batu besar.
Pengiran Sandukung seterusnya memberi tahu Panglima Asan
bahawa mereka adalah orang yg pertama menjumpai gua Gomantong dan apabila di
cabar oleh Panglima Asan mencari gua tersebut Panglima Asan gagal mencari mulut
gua Simud hitam yg telah di tutup oleh adik adik Pengiran Sandukung. Maka dari
hari itu Pengiran Sandukung menjadi orang yg Pertama mengusahakan pengambilan
sarang Burung dari gua Gomantong.
Pengiran Sandukung
turut memohon kebenaran dan restu mengambil sarang Burung dari Sultan
Sulu sekitar tahun 1790 dan tidak lama kemudian mereka mendapat kebenaran
Sultan Sulu. Pada tahun 1791 Sultan Sulu menghantar anaknya sendiri mentadbir
Daerah tersebut sebab perniagaan sarang Burung sungguh menguntungkan. Pengiran
Sandukung dan adik beradiknya bernama Kasiruddin, Kaid dan Padkon merupakan
orang yg pertama menguasai hasil dari Gua Gomantong. Pakcik mereka bernama
Meninggi Suli merasakan sesuatu yg buruk bakal menimpa kepada kaum mereka
disebabkan pengambilan sarang burung Gua Gomantong. Maka beliau merancang
membunuh Pengiran Sandukung dan adik beradiknya yg lain cuma biar kan Padkon
dari di bunuh sebab beliau adalah adik bungsu.
Sultan Sulu diberi tahu bahawa jika Sandukung, Kasiruddin
dan Paid di bunuh maka ada orang yg akan memberitahu satu lagi lokasi sarang
burung yg lebih besar dari gua Simud Hitam dan Simud Putih bernama Galiwan Gaya
di Butong. Begitulah akhirnya pakcik mereka bernama Meninggi Suli mempengaruhi
sultan Sulu agar meracun sehingga mati Pengiran Sandukung dan adik beradiknya
yg lain.
Menurut satu Legenda memang terdapat sebuah gua yg orang
Sukang panggil Gomantong di Butong sebelah Batu Putih. Gomantong adalah bukit
batu kapur yg sama suku kaum Buludupi namakan Galiwan Gaya. Sinsila Mato
mengkebumikan adiknya Apat Mato hidup hidup di gua Gomantong. Kampung Bilit
mula didiami sekitar tahun 1790an selepas penemuan gua Gomantong.
CERITA LEGENDA LAIN TENTANG PENEMUAN GUA GOMANTONG :
Dalam satu Legenda yg lain pula Datu Bandar Betau ketua suku
Buludupi Segaliud adalah orang yg pertama menjumpai gua Gomantong di awal abad
ke 18. Beliau merupakan atuk Pengiran Temmenggung dari Tenegang. Datu Bandar
memberi tahu Sandukung tentang Gua Gomantong sambil meminta bantuannya untuk
mengambil sarang Burung. Sandukung berlaku tidak adil dan berlaku pergaduhan.
Datu Bandar pindah ke Sungai Kinabatangan selepas mereka diserang oleh tentera
sulu dan tentera Marudu sewaktu mereka tinggal di Sungai Sapagaya. Untuk
mengelakkan serangan dari sultan Sulu maka Sandukung terpaksa memberikan hasil
gua Bubung Bulud kepada Sultan Sulu. Sultan Sulu mengeluarkan arahan agar tiada
siapa boleh menyerang gua Gomantong.
Semasa lawatan adik perempuan Sultan Sulu dan anaknya, Gua
Derham diberikan kepada puteri dan Gua Kuris diberikan kepada anaknya. Satu
lagi cerita mengatakan bahawa Rumayau adalah orang yg pertama menjumpai Gua
Gomantong dan Pengiran Digadong Samah menyelamatkan nyawanya apabila beliau
menjumpainya ditebing Sungai Menanggul.
Rumayau sebenarnya adalah pengikut Pengiran Digadong Samah
dan mati syahid bersama Pengiran Digadong Samah semasa perang Sabil pada 12hb
Februari 1884.
Kejadian perang Sabil berlaku hampir seratus tahun selepas
penemuan gua Gomantong. Maka jika di rujuk dari penemuan Gua Gomantong dan
salahsilah Panglima Asan dari Duli Riok Apoi maka suku Buludupi bermula sejak
300 tahun yg lalu.
PENGIRAN DIGADONG SAMAH DAN PERANG SABIL:
Padkon merupakan seorang saja yg terselamat dari pembunuhan
Pengiran Sandukung dan adik beradik yg lain. Menurut cerita Tuan Asim Polong yg
berasal dari Koromuok, Pengiran Digadong Padkon adalah ayah kepada Pengiran
Setia Bubut. Pengiran Setia Bubut mempunyai seorang anak bernama Pengiran
Digadong Samah. Pengiran Setia Bubut dikebumikan di Sinangkul dekat Tamoi. 4
tiang belian dengan Lebar 8 kaki dan ketinggian 20 kaki menandakan kuburan
Pengiran Setia Bubut yg juga dikatakan "berlidah hitam" .
Pengiran Digadong Samah adalah orang tempatan yg Pertama
menentang pihak penjajah demi memperjuangankan hak turun temurunnya. Tetapi
dalam pandangan SBBUB beliau adalah hanya seorang yg suka membuat kacau dan
digelar sebagai pemberontak.
Bagi pihak SBBUB pula mereka mahu menguasai gua sarang
Burung Gomantong untuk membiayai Kos pentadbiran SBBUB di Borneo Utara.
Pengiran Digadong Samah adalah seorang tokoh legenda tempatan yg berani dan
menolak sebarang jenis cukai yg dikenakan kepada rakyat termasuk cukai kepala.
Beliau berkata "Kepala saya milik saya seorang". Pihak SBBUB meminta
1 sarang Burung untuk setiap 10 sarang Burung yg dikutip dari gua Gomantong.
Pengiran Digadong Samah memutuskan bahawa telah tiba masanya
untuk menentang SBBUB dan mengistiharkan Perang Sabil atau jihad demi
mempertahankan bangsa dan agamanya dari di tindas oleh penjajah Barat.
Pada awal pagi semua pengikut setia Pengiran Digadong Samah
bersumpah untuk berperang sehingga titik darah yg terakhir. Sumpah ini di buat
dihadapan seorang Imam dan di anggap sebuah ritual yg panas. Upacara tersebut
tidak boleh di buat di rumah kerana sesuatu bencana akan berlaku kepada tuan
rumah.
Sebatang pokok binuvang diletakan di sungai dan semua
pahlawan duduk berdepan dengan Imam. Semua saudara mara dan sahabat Pengiran
Digadong Samah bersumpah tidak akan lari serta berjuang sehingga akhirnya.
Rumayau seorang pengikut setia Pengiran Digadong Samah berkata "kalau
ditakdirkan tuan gugur sebelah kanan maka saya akan gugur di sebelah kiri di
samping tuan". Sebelum upacara sumpah ini selesai tiba tiba polis datang
dan terus menembak ke arah pejuang pejuang Pengiran Digadong Samah. Ada
beberapa orang pahlawan dan Imam sempat berenang ke tebing Sungai dan
bersembunyi di hutan dan kedalam rumah Pengiran Digadong Samah. Apabila pihak
polis sampai, Pengiran Kahar sempat menyelamatkan isteri dan anak anak Pengiran
Digadong Samah di bawa lari sehingga Sungai Segama.
Pihak polis berlabuh di seberang Sungai dan bertanya kepada
Pengiran Di Gadong Samah kalau beliau mahu menyerah diri atau berperang.
Pengiran Digadong Samah berkata beliau mahu berperang, pengikut pengikutnya
dilengkapi dengan senjata seperti senapang, keris dan sumpit. Pihak polis
bertanya 3 kali kalau mahu menyerah diri dan tiga kali juga Pengiran Digadong
Samah menjawab.... "Lawan, lawan lah!".
Dalam Peperangan tersebut ramai pejuang terkorban tetapi
tiada perluru dapat mencederakan Pengiran Digadong Samah kerana badan beliau
kabal atau tidak Lut senjata. Apabila ramai saudara mara nya gugur terkorban
termasuk pengikut setianya Rumayau maka beliau menjadi sedih dan terharu maka
beliau membuang azimat yg di pakai dipinggangnya. Pengiran Digadong Samah di
tembak di lutut mengunakan perluru emas dan gugur terkorban. Pengikutnya yg
lain melarikan diri ke hutan.
Walaupun ramai orang terkorban pihak SBBUB cuma melaporkan
bahawa hanya Ripon Rumayau dan Pengiran Digadong Samah saja yg terkorban. Pihak
polis ingin membawa mayat Pengiran Digadong Samah untuk di buat autopsi agar
mengetahui kenapa beliau agak susah di bunuh tetapi atas rayuan masyarakat
beragama islam maka jenazah beliau dilepaskan untuk upacara pengkebumian di
Melapi.
Selepas Perang Sabil tersebut SBBUB menyerahkan pengurusan
gua Gomantong kepada seorang yg bernama Tabarun. Pemungut sarang Burung akan
melalui 3 Kampung sebelum sampai ke Gua Gomantong iaitu Kampung Bilit, Melapi
dan Sukau dimana setiap Kampung mendapat bahagian yg sama rata dan pihak SBBUB
mendapat 20% dari hasil tuaian sarang burung. Anak anak Pengiran Digadong Samah
dibayar Wang saraan sebanyak $1.03 setiap kali musim tuaian sarang Burung.
Pada suatu hari Guriga cucu Pengiran Digadong Samah
melaporkan kepada pihak SBBUB bahawa pengurusan gua Gomantong sepatutnya
diberikan kepada beliau atas sebab gua gumantong milik atoknya Pengiran
Digadong Samah. Pihak SBBUB setuju atas tawaran 50 % hasil diberikan kepada
pihak SBBUB. Tabarun cuma tinggal beberapa buah gua kecil yg dijaganya dan
hasil tuaian sarang Burung tidak cukup dibahagikan kepada 3 Kampung. Orang
Kampung Bilit pula mengadu bahawa mereka tidak menerima sebarang hasil dari
tuaian sarang Burung maka Guriga melepaskan jawatan pengurusan sarang Burung
gua Gomantong. Guriga berpindah ke danau pitas dan akhirnya menetap di Sungai
Madang. Guriga meninggal dunia pada tahun 1938.
LAPORAN RASMI MENGENAI PERANG SABIL :
Gua Gomantong adalah kawasan utama dalam hasil sarang burung
dan cuma satu satunya sumber pendapatan kepada seluruh kawasan Kinabatangan
apabila pihak SBBUB menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu pada tahun
1878. Pada tahun 1882, Bampfylde telah di hantar ke Gua Gomantong untuk menilai
situasi di sana dengan niat mengawal hasil sarang Burung dan meningkatkan
pendapatan SBBUB. Beliau menganggarkan ada 60 hingga 80 orang suku kaum
Buludupi Di Kinabatangan ketika itu. Pengiran Digadong Samah dari Melapi dgn 5
orang pengikut, Pengiran Temmenggung dari Tenegang dgn 10 orang Pengikut,
Pengiran Amai dari Sebak dgn 25 orang pengikut, Pengiran Bukog dari Bilit dgn
10 orang pengikut, Pengiran Besar Sompayan dari Sungai Tuan dgn 5 orang
pengikut dan orang Kaya Machis Harun dari kelanap dgn 5 orang pengikut.
Bampfylde membuat anggaran pengeluaran hasil sarang Burung
dari 18 gua dan catatan jumlah pengeluaran hasil sarang Burung serta
pembahagian antara pemilik atau pentadbir gua, pemunggut sarang Burung dan
SBBUB. Pada tahun 1881, pryer mencatatkan bahawa Melapi agak maju dan
berkembang pesat sehingga ramai orang tertumpu ke kawasan Melapi. Dalam tempoh
setahun setengah saja Pengiran Digadong Samah boleh mengumpul 60 orang pengikut
dari Melapi dan 70 orang pengikut lagi dari Kampung Kampung berhampiran untuk menentang
polis SBBUB. Pengiran Digadong Samah juga mengumpul pengikut bukan dari suku
kaum Buludupi. Gua Gomantong menghasilkan sarang Burung berwarna hitam dan
Putih. Sarang Burung berwarna hitam bernilai $3.30 sekilo dan sarang Burung
berwarna Putih berharga dari $10 hingga $30 sekilo pada masa itu.
Hak adat istiadat untuk bekerja di sarang buruk dikuasai oleh keluarga Ambin yg merupakan
ahli keluarga dari susurgalur yg sama kepada kesemua ketua ketua suku Buludupi
tadi dan hak melantik pemunggut sarang Burung adalah oleh ketua ketua suku
Buludupi dari kalangan keluarga mereka atau orang orang yg di upah oleh mereka.
Pada zaman dulu sebahagian hasil sarang Burung gua Gomantong diberikan kepada
Sultan Sulu dan kemudian Pengiran Digadong Samah membahagikan pendapatan
tahunan kepada SBBUB sebanyak $4440, Pengiran Digadong Samah sebanyak $4048,
Amai $1116, Pengiran Bukag $1118, Orang Kaya machis $1118, Temmenggung $1118,
Beduli $1278, Harun $924, Perewang $250 dan pemunggut sarang Burung mendapat
$10292... Pengiran Digadong Samah juga meminta 1/5 dari semua jumlah diatas
sebagai Kos pentadbiran. Pengiran Digadong Samah mendapat hasil yg jauh lebih
banyak dari orang lain dan ada yg tidak berpuas hati dan cemburu. Ketua ketua
suku kaum Buludupi yg lain mengadu kepada pihak SBBUB bahawa mereka tidak
mendapat hasil yg sewajarnya.
Maka atas situasi ini lah maka pihak SBBUB mengambil
keputusan untuk mengawal hasil pendapatan Gua Gomantong dengan lebih teratur.
Pihak SBBUB mencadangkan 10 ketua Kampung dan 50 pekerja saja menuai sarang
Burung sebanyak 4 kali setahun. Atas desakan pihak SBBUB maka pada 3hb Februari
1883, Pengiran Digadong Samah, Pengiran Bukag, Dait dan Imam Umbin
menandatangani perjanjian pengambilan Gua Gomantong dan berkongsi hasil tuaian
Sarang Burung dgn 2 bahagian kepada SBBUB dan 1 bahagian kepada pemilik yg
mempunyai hak turun temurun. Sebelum SBBUB mengambil alih pentadbiran Gua
Gomantong pada bulan Januari 1884, Pengiran Digadong Samah mula berubah hati
dan bersama Pengiran Bukag dan Perewang mengugut akan membakar Gua Gomantong.
10 orang polis Di hantar ke Gua Gomantong untuk menjaga gua gua tersebut dan
seterusnya menghantar 10 orang lagi polis tambahan dari Gaya dan 15 orang polis
dari Kudat.
Pengiran Digadong Samah dijanjikan pengikut oleh Panglima
Bukag 20 orang, Katib Majiua 20 orang, Katib Hassan 10 orang Pengiran Kahar 5
orang dari segama, Orang Kaya machis 10 orang, Tipat anak Pengiran Temmenggung
dengan 8 orang, Perewang 10 orang, Dait kurang pasti, Laksamana Tobacco 30
orang dari lokan.
Cuma anak Pengiran Amai tidak hadir dan tidak memberi
sebarang pengikut. Treacher meninggalkan Sandakan pada 9 hb Februari 1884
bersama Ketua Inspektor De Fontaine, Flint dan 31 orang suku kaum sikh dan
dayak mengunakan kapal bernama sabine dan telah sampai ke Melapi jam 12.55 am
pada 12hb Februari. Rombongan ini mendarat di rumah Datuk Haji dan mencadangkan
agar Datuk Haji Boleh membantu memujuk
Pengiran Digadong Samah agar membantu berjumpa dengan treacher. Pada jam 2 pagi
orang Kaya machis di tangkap atas dasar membawa pesanan mengumpul puak puak di
tebing Sungai untuk membantu Pengiran Digadong Samah......
Pengiran Digadong Samah pula tidak mahu berjumpa dengan
Treacher maka Treacher dengan Anggota Polis masuk ke hutan menuju ke belakang
rumah Pengiran Digadong Samah. Gong amaran berbunyi dan pengikut pengikut
Pengiran mengelilingi Treacher dan Anggota Polis. Pasukan Treacher dan Anggota
Polis terpaksa berundur dan memberikan masa 20 minit agar Treacher dan Pengiran
Digadong Samah boleh berjumpa. Apabila Pengiran Digadong Samah tidak muncul
selepas 20 minit maka Anggota Polis mula bergerak kehadapan rumah Pengiran dan
bermulalah tembak menembak antara Anggota Polis dengan pengikut Pengiran
Digadong Samah. Pengiran Digadong Samah mengunakan senapang Cuba menembak
Treacher tetapi tidak kena, pengikut pengikutnya menembak dengan senapang dan
mengunakan sumpit beracun. Pengiran Digadong Samah berdiri 15 Ela Di hadapan
rumah dan gugur ditembak polis. Dalam masa 20 minit tembak menembak 2 orang
lagi pengikut Pengiran gugur kena Tembakan. Pengikut pengikut Pengiran Cuba
mengambil mayat Pengiran tetapi gagal.
Salah seorang pengikut Pengiran ditembak Di kaki dan
mengikut tompokan darah sekeliling rumah Pengiran Digadong Samah menunjukkan
ramai pengikut pengikutnya yg cedera lari ke hutan. Bagi pihak polis pula
seorang sarjan cedera dibahu terkena Tembakan dan seorang lance Corporal sikh
cedera dikedua pahanya. Pihak polis melelong rumah Pengiran Digadong Samah
dengan harga $100 dan merampas beberapa Tajau dan tempayan yg berharga sambil
merampas 7 perahu milik Pengiran Digadong Samah. Pasukan polis kemudiannya
pergi ke rumah Pengiran Bukag, Dait dan Isteri serta anak anak Pengiran
Digadong Samah di Bilit tetapi mereka semua tiada disitu.
Orang Kaya Machis yg di tahan Di paksa menandatangani
perjanjian melepaskan hak pengambilan sarang Burung. Pada 13hb Februari Anggota
Polis bergerak ke Melapi dan diberitahu bahawa Pengiran Kahar telah pindah ke
Tenegang dan Dait telah pergi ke Bilit. Apabila Anggota Polis sampai ke Tenegang,
Pengiran Kahar telah pindah ke Sungai Segama. Di Tenegang Sitipat anak Pengiran
Temenggong diberikan jawatan Pengiran Temmenggung oleh Treacher. Pengiran Kahar
menjaga isteri dan anak anak Pengiran Digadong Samah.
Dait akhir terjumpa di opititu dan dipaksa menandatangani
perjanjian mewakili semua pemilik gua yg lain dimana 1 pertiga hasil Tuaian
sarang Burung dibahagikan antara mereka dan bakinya kepada SBBUB. Hak
pengambilan sarang Burung Pengiran Digadong Samah dibatalkan oleh pihak SBBUB.
Harta benda milik Pengiran Digadong Samah yg lain Di Bilit tidak diganggu dan
pihak SBBUB melantik Pengiran Bukag, Dait dan Datu Hj Anserudin sebagai
pentadbir Harta pusaka Pengiran. Ketua ketua suku yg menyertai perang Sabil
akhirnya di minta bersumpah dan berjanji kesetiaan kepada pihak SBBUB adalah
Pengiran Bukag, Katib Meliua, Katib Hassan, Pengiran Kahar, Tipat anak Pengiran
Temmenggung, Perewang dan Laksamana Tobacco.
SELEPAS PERANG SABIL :
Pada tahun 1885 beberapa orang Eropah cuba menjadi pentadbir
Gua Gomantong tetapi gagal. Pada tahun 1886 Pengiran Dait dan Abd Kadir
mengambil alih pentadbiran Gua Gomantong dan membayar SBBUB $5000 setahun. Pada
tahun 1886 SBBUB mendapat $6000, pada tahun 1887 Pengiran Kahar, Pengiran Dait
dan Abd Kadir membayar SBBUB sebanyak $7500, pada tahun 1905 $20000 Di bayar
oleh Madas, Tabarun dan Hj Usin. Pada tahun 1915 $20000 Di bayar kepada SBBUB
oleh Saru, Tabarun dan Sandukung (Madas meninggal dunia pada tahun 1915).
Pengiran Digadong Samah mempunyai tiga anak perempuan bernama Fatimah, Babo dan
Pandan.
Anak Pandan bernama Guliga. Guliga tiada mempunyai lalu
memelihara anak Padkon bernama Indar sebagai anaknya. Guliga berumur 11 tahun
apabila atuknya terbunuh dalam perang Sabil. Guliga berkahwin dengan anak
Pengiran Dait. Pengiran Dait merupakan abang Ipar kepada Pengiran Digadong
Samah. Guliga dilantik sebagai ejen SBBUB untuk memastikan semua orang pengikut
peraturan yg telah dipersetujui tentang hal ehwal Pengurusan dan pentadbiran
gua Gomantong. Guliga mengundurkan diri pada tahun 1936. Pengiran Dait
meninggal dunia tahun 1905 meninggalkan anaknya Madas dan Sandukung. Madas
meninggal dunia pada tahun 1915. Sandukung berjaya menjadi Pengurus gua
Gomantong tetapi diberhentikan oleh pihak SBBUB pada tahun 1923 dan diserahkan
kepada sepupunya Guliga.
Pada bulan Januari 1925 Hj Sandukung melantik seorang peguam
bernama WA Anderson untuk menuntut haknya dari pihak SBBUB tetapi tidak berjaya
sehingga perang jepun. Kampung Melapi kurang maju berbanding Kampung Bilit.
Selepas kematian Pengiran Digadong Samah ramai pengikutnya berpindah ke Bilit.
Rujukan sumber :
- Thomas Methley,
- Treacher,
- Pryer,
- Bampfylde
- PS Shim.