Wednesday, December 30, 2020

SABAH/NORTH BORNEO

SABAH/NORTH BORNEO

Articles in Malay

Articles in English
  1. Liberation of Borneo: Schedule of Events During Second World War

BRUNEI

 BRUNEI


  1. Serangan Angkatan Tentera Laut British ke atas Brunei dan Membakut, Borneo Utara pada tahun 1846

KALIMANTAN


  1.  Sejarah Ringkas Hubungan Awal Wakil Kerajaan British di Jawa dengan Kerajaan Borneo circa 1811, Kalimantan

SARAWAK

 SARAWAK

  1. Sejarah Sultan Sarawak

PANTAI TIMUR SABAH/SABAH EAST COAST

 PANTAI TIMUR SABAH/SABAH EAST COAST

Articles in Malay

  1. Sejarah Tawau-Siri Tokoh Pejuang - Perang Dunia Ke-2: Siapakah Panglima Orang Tua Gata Bin Bunggang di Tawau, Sabah ?
  2. Sejarah Awal Suku Kaum Buludupi, Kisah Gua Gomantong dan Perang Sabil Pangeran Di Gadong Samah, Sandakan
  3. Legenda Raja Tua Batulong dan Asal Usul Suku Dumpas, Sandakan, Sabah
  4. Perjanjian Damai Penungah, Labuk-Kinabatangan, Sandakan pada 3.5.1887
  5. Sejarah Awal Suku Tombonuo, Kinabatangan, Sandakan


Articles in English

  1. Tawau History - Street Name Series: Jalan Nissan Norin, Jalan Kuhara, Jalan Dr Yamamoto and Jalan Kubota, Tawau
  2. Tawau History - Street Name Series: Jalan Kelapa (Coconut Road) and Jalan Abaca (Manila Hemp Road), Tawau
  3. Tawau History - Street Name Series: Jalan Morrell, Tawau
  4. Tawau History - Street Name Series : Jalan Cole Adams, Tawau
  5. Tawau History - Street Name Series: Jalan Dominic, Tawau

PEDALAMAN SABAH / INTERIOR SABAH

 

PEDALAMAN SABAH/INTERIOR SABAH

Articles in English

  1. A Story of Ms Aen Yamazaki, Keningau, Sabah, North Borneo

PANTAI BARAT SABAH/SABAH WEST COAST

PANTAI BARAT SABAH/SABAH WEST COAST

Articles in Malay

  1. Siapakah Pengiran Mohammad Pandasan abad ke 19 , Kota Belud ?
  2. Sejarah Awal Pentadbiran Overback Dent Association sebelum Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Pandasan dan Tempasuk, Kota Belud di abad ke 19.
  3. Dimanakah Fort Alfred atau Kota Alfred di Tempasuk, Kota Belud?
  4. Sejarah Ringkas Pahlawan Dusun Aki Gumboi dan Aki Lengkatu, Kampung Melangkap, Kota Belud (Aki Gomboi dan Aki Linggatu)
  5. Siapakah Dato Kilan Petagas dan Tanjung Aru pada tahun 1884?
  6. Jalan Haji Jacob, Jesselton / Lorong Haji Yacoob, Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah
  7. Perjanjian Damai dan Batu Sumpah Tuaran-Kiau 7.3.1887
  8. Sejarah Awal Kawang 1884
  9. Sejarah Perjanjian Penyerahan Negeri Simbulan kepada pihak Syarikat Berpiagam British Utara Borneo, 23.3.1898
  10. Pemberontakan Aki Si Gunting, Aki Simbarrang, Aki Togallen dan Aki Tampuhim, Pahlawan Dusun, Kampung Sayap , Kota Belud pada tahun 1894
  11. Sejarah Awal Putatan dan Penampang Di Zaman Pemerintahan Datu Menteri Babu
  12. Sorita Boruruk: Suku Tatana, Kuala Penyu
  13. Sorita Kikuta/Perang Kikuta: Suku Tatana, Kuala Penyu
  14. Sejarah Awal Inanam sekitar tahun 1735: Suku Dusun "Tobilung"
  15. Sejarah Awal, Catatan Lisan dan Legenda Suku Tatana, Kuala Penyu
  16. Sejarah Awal Penampang: Pemberontakan Buis Kulintangon, Penampang
  17. Perang Pandasan, Kota Belud 1915 - Pemberontakan hebat terakhir Penduduk Sabah. Siapakah Sharif Ali?
  18. Sejarah Awal dan Catatan Lisan Mengkabong, Tuaran di abad ke 18 dan 19

Articles in English

Sunday, December 13, 2020

Sejarah "Misangod Rondom" di Borneo Utara

Oleh Kumis Kumis



Sebuah catatan serba ringkas, satu cerita pengenalan tentang erti dan sejarah Misangod Rondom bagi mereka yang tidak tahu tentang adat resam memburu kepala di Borneo Utara.

"Sangod" bererti "perang" atau musuh, pihak lawan atau satu ancaman terhadap seseorang dan "Rondom" bererti "berperang”, "peperangan" atau satu malam yang amat gelap gelita tanpa sebarang cahaya atau tanpa sinaran cahaya bulan dalam bahasa Kadazandusun.

Memburu kepala, "mangayau" merupakan upacara atau peristiwa yang amat penting dalam kehidupan harian zaman dulu kala di Borneo, bukan saja dikalangan suku Kadazandusun malah suku pribumi yang lain seperti suku Murut, Iban, Idaan dan sebagainya, sehinggakan ada masa tertentu dalam setahun di panggil musim "Misangod Rondom".

Sesuatu musim "peperangan" di malam yang gelap gelita serta mengerikan atau musim memburu kepala, "mangayau" di satu malam hari yg amat ditakuti.

Pelbagai sebab berlakunya upacara memburu kepala antara lainnya adalah disebabkan satu cara membuktikan keberanian seseorang , untuk mendapatkan seorang isteri dari suku yang berlainan, peperangan antara suku, membalas dendam, keperluan spiritual dalam upacara memuja roh atau semangat dan macam macam lagi.

Upacara memburu kepala atau peperangan suku kaum merupakan satu musim yg amat dahysat, kejam serta mengerunkan dan banyak orang akan terkorban malah sehingga boleh memusnahkan sebuah perkampungan dan beberapa penempatan lain disekitarnya.

"Misangod Rondom" dikatakan adalah punca utama perpindahan suku kaum dari satu tempat ke tempat yg lain untuk mengelakkan tekanan serta penindasan dari suku yg jauh lebih kuat. Sebilangan Suku kaum ingin hidup sekadar mencari satu kawasan yg mereka boleh menikmati kehidupan yg lebih tenang.

Seorang pendakwah barat bernama Rev. Thomas Jackson pada tahun 1880 semasa di Borneo Utara berkata "The missionary living or travelling in the Interior in constant danger of losing his life by head hunters. In some tribes a young man is not allowed to marry unless he can prove his bravery by taking at least one head. A head is required before a person can be buried; others when people are sick; or in many other occasions. This head must be procured not from the hunter's own tribe but elsewhere; it may be necessary to go a long distance before one can be got; hence the term hunting as applied to this custom. An unarmed missionary would be an easy victim if he should chance to come in the way of a party in search of cranium or skull"

Ada lebih kurang 25 atau lebih suku Kadazandusun yg utama yg tinggal di lembah Kawananan dan Kogibangan sebelum tumbangnya Nunuk Ragang.

Setiap perkampungan ketika itu mempunyai seorang pemimpin yg juga seorang pahlawan agung yg sungguh gagah berani, terkenal dan terbukti kehebatannya dalam peperangan demi peperangan serta berupaya melindungi suku kaum dan perkampungannya. Kampung yg hebat biasanya mempunyai sistem pertahanan yg baik dan juga mempunyai ramai pahlawan yg hebat dan terbilang.

Di zaman dulu kala, apabila seorang pahlawan hebat terdengar akan adanya seorang pahlawan yg lebih hebat, gagah dan terkenal darinya dari satu suku atau perkampungan yg lain maka beliau akan mencabar pahlawan suku dan perkampungan tadi, iaitu dalam masa tiga hari mereka akan datang menyerang kampung tersebut dan sekiranya dalam masa tiga hari Kampung yg mencabar tidak datang maka Kampung yg dicabar tadi tidak akan duduk diam lalu mereka akan datang menyerang Kampung yg mencabar mereka.

Upacara Misangod Rondom ini sentiasa berlaku di satu malam yg amat gelap gelita yg amat menyeramkan.

Jika satu suku tersebut merasakan diri mereka lemah dan tidak mampu bersaing dengan suku yg jauh lebih kuat maka mereka terpaksa bersumpah taat setia serta berjanji menjadi orang bawahan dan pengikut suku yg lebih kuat tadi.

Pernah juga berlaku upacara Misangod Rondom tanpa sebarang cabaran di mana suku yg satu lagi menyerang secara tiba tiba dan cuba menggunakan tektik kejutan atau serangan mengejut untuk mengalahkan musuh yg kurang bersedia dan tidak berjaga jaga. Kadang kala serangan ini mengorbankan ramai orang termasuk wanita dan anak anak kecil.

Serangan tadi biasanya akan di balas balik serta merta untuk membalas dendam. Serangan demi serangan dan peperangan demi peperangan saling bunuh membunuh tanpa belas kasihan adalah zaman yg dikenali sebagai zaman Misangod Rondom.

Serangan suku Sukang atau Makiang di Kinabatangan terhadap suku suku sekelilingnya tidak di anggap sebagai Misangod Rondom kerana serangan itu merupakan serangan untuk menguasai sumber perdagangan serta hasil hutan di kawasan tersebut.

Misangod Rondom antara suku kadang kala disebabkan perkara yg kecil yg berlaku antara dua suku yg tinggal berhampiran atau hidup berjiran. Contohnya Suku Tompias di Minusu di Ulu Kinabatangan tidak mahu balik ke Kampung asal mereka apabila telah pergi jauh berpindah mencari kehidupan baru kerana tidak mahu balik dan tiba tiba terjumpa musuh yg kuat berperang yg pernah menjadi Jiran mereka dulu.

Misangod Rondom adakalanya satu peperangan yg di rancang dengan teliti di mana pahlawan pahlawan Suku Sunsuron dari Tambunan akan pergi sejuh Telupid untuk memburu kepala. Suku Kogosingan pula bergerak jauh untuk memburu kepala Suku Kimaragang di kawasan Bengkoka serta menyerang sehingga Kinasaraban dekat Kundasang.

Apabila musim Misangod Rondom, Suku Lotud dari Tuaran yg terkenal dengan kehebatan tentera mereka serta memiliki ramai pahlawan pahlawan yg hebat dan gagah berani akan menyerang suku Momogun di Kudat, Suku Kimaragang di Sungai Bengkoka dan Suku Tabilong di Inanam. Tujuan utama menyerang jauh dari perkampungan sendiri biasanya atas tujuan membalas dendam serta untuk mendapatkan jumlah kepala yg banyak. Memburu kepala sekadar beberapa kepala saja bukan di panggil Misangod Rondom.

Di zaman pemerintahan kompeni SBBUB sekitar tahun 1883, Dalrymple pernah di hantar untuk menyelesaikan masalah antara Suku Tindal di Tengilan dan Suku Lotud dari Tuaran yg masing masing membawa lebih dari 1000 orang pahlawan bersiap sedia untuk berperang. Di masa yg sama Suku Tagahas menyerang Suku Tuhawons sehinggakan mereka terpaksa pindah dari Utara Tambunan.

Sebagai seorang pahlawan yg menyertai serangan demi serangan sebenarnya adalah untuk menunjukkan lambang keberanian yg luar biasa dan ciri ciri keberanian ini akan memudahkan pahlawan tersebut mendapatkan isteri dan mencapai kedudukan yg tinggi dalam kaumnya.

Misangod Rondom juga membuat Suku kaum yg kuat dan terkenal akan mendapat kawasan pertanian yg subur dan boleh mendatangkan hasil yg baik.

Misangod Rondom setiap suku jarang menikmati kehidupan yg aman dan nyawa setiap orang boleh berakhir dengan ngeri bila bila masa. Hidup dalam suasana aman damai adalah satu perkara yg sementara saja. Banyak suku kaum ketika itu terpaksa berpindah jika gagal melawan Suku yg lain.

Cuma sebilangan Kecil suku yg berjaya mengecapi kehidupan yg aman buat satu jangka masa yg panjang dan mereka adalah suku yg tinggal jauh tinggi di sekitar Gunung Kinabalu.

Owen Rutter pada tahun 1929 agak terkejut apabila melawat rumah rumah suku Kadazandusun kerana tidak lagi banyak tengkorak bergantung di rumah berbanding pada tahun 1846 di mana Kapten Rodney Mundy mencatatkan jumlah tengkorak yg tidak terhitung banyaknya di rumah suku dusun Membakut.

Ini tidak bermakna Suku Dusun Membakut lebih kejam dari suku yg lain kerana semua suku yg terkenal yg hidup dizaman itu tidak kurang juga kekejaman mereka.

Misangod Rondom berlaku ratusan tahun turun temurun dari satu generasi ke satu generasi dan menjadi salah satu lumrah kehidupan di Borneo dan hanya berhenti di zaman pemerintahan kompeni.

Pada tahun 1884, Rev. Thomas Jackson mengatakan bahawa Suku Kadazandusun selain dari budaya memburu kepala yg agak ganas adalah merupakan suku yg mempunyai banyak sifat serta nilai kehidupan yg baik dan murni jika mereka ini dikenali dengan lebih dekat lagi.

Penulis memohon ampun dan maaf jika ada catatan atau maklumat yang tersalah tulis dan membawa pengertian yang lain dalam usaha ingin belajar dan memahami adat resam suku lain di Sabah.

Sumber :

1. Owen Rutter - British North Borneo

2. Carl Brock - The Head Hunters of Borneo

3. Bro Peter Phelan - Head Hunting and The Magang Ceremony in Sabah

4. P S Shim - Inland People of Sabah

Gambar:

Old photos archives

Sabah/North Borneo: Chronological Notes and Important Dates

Edited By Kumis Kumis  1.  INTRODUCTION North Borneo  occupies the northern portion of the Island of Borneo and was a British-Protected stat...