Oleh Kumis Kumis
(Koleksi Peribadi) Salinan Perjanjian antara pemilik Pulau Mantanani dengan BNBCC |
Tempasuk dan Pandasan sejak abad ke 18 selain dari
Mengkabong telah terkenal sebagai pengkalan dan pelabuhan perdagangan serta
markas ketenteraan Suku Iranun, Bajau Samah dan Belingingi yang utama di
persisiran pantai barat Borneo Utara yang sebelum ini pernah di bawah naungan
Kesultanan Brunei dengan golongan pembesar seperti Datu Aragut, Datu Akop, Datu
Jumbarang dan Pangeran Annam.
Pada sekitar tahun 1851, Hugh Low dan Spencer St John di
dalam usaha mereka mendaki Gunung Kinabalu melalui beberapa kawasan seperti
Tuaran, Tempasuk dan Abai bertemu dengan beberapa orang pembesar tempatan dan
antaranya seorang Pembesar Iranun bernama Raja Muda atau nama lainnya Pangeran
Si Raja Muda dan beliau merupakan seorang
anak lelaki Pangeran Muhammad pemilik Wilayah Jajahan Kesultanan Brunei
Sungai Tulin Pandasan dan Mantanani yg berkahwin dengan seorang puteri Iranun
dan beliau juga mempunyai seorang isteri lain dari kerabat Kesultanan Brunei.
Pada waktu itu Pangeran Muhammad, pemilik Sungai Tulin
Pandasan sudah meninggal dunia dan dikebumikan di tepi Sungai Abai.
Menurut catatan Belcher 1848 dan catatan Wright 1979
mengatakan bahawa Pengiran Mohammad Tajuddin adalah anak kepada Sultan Muhammad
Kanzul Alam iaitu Sultan Brunei ke 21 dan adik beradik dengan Raja Muda Hashim,
Pangeran Bendahara Brunei ketika itu.
Wilayah jajahan Ambong sehingga Marudu pula merupa Wilayah
Jajahan Kuripan Raja Muda Hashim.
Tempasuk dan Pandasan juga pada suatu ketika telah
mengistiharkan menjadi Penguasa bebas dari pengaruh Kesultanan Brunei dan
kesultanan Sulu dan merupakan markas tentera Iranun yg pernah bernaung dengan
Syarif Osman dari Kerajaan Marudu di bawah seorang "Sultan Tempasuk"
bernama Sultan Setebuk yg berpengaruh, tersohor serta terbilang namanya.
Selain daripada itu terdapat beberapa tokoh pembesar lain seperti Sultan Si Mirantaw, Si
Miraja Dinda, Datu Rambangan dan Datu Temmenggung dalam usaha terakhir
Kesultanan Brunei untuk menstabilkan pentadbiran dan penguasaan Kesultanan
Brunei terhadap Wilayah Tempasuk dan Pandasan.
Tetapi penempatan dan markas ketenteraan Iranun di Tempasuk
dan Pandasan telah dimusnahkan oleh Armada Tentera Laut British pada tahun 1846
di ketua oleh Mundy di mana ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke
Palawan dan Tunku selepas Marudu pada tahun 1845 dimusnahkan oleh Armada
Tentera Laut British yg diketuai oleh Cochrane.
Tempasuk atau Kota Belud merupakan salah satu penempatan
Brunei dan tempat ramai Keluarga dan kerabat Kesultanan Brunei berpindah dan
menukar identiti sejak ratusan tahun dulu dan ramai antara mereka telah
berkahwin campur dengan suku Iranun, Bajau Samah dan Dusun.
Kesultanan Brunei pula pada tahun 1852 berlaku peristiwa
perlantikan Sultan baru menggantikan Sultan Omar Ali Saifuddin 2.
Pada 5 Safar 1269 atau 18hb November 1852 SOAS2 lindung.
Persoalannya siapakah yg patut jadi Sultan Brunei?
1. Pengiran Anak Muhammad Tajuddin Ibnu SMJA1 Ibnu SMT Ibnu
SOAS1
2. Pengiran Anak Abdul Momin Ibnu Pengiran Shahbandar
Pengiran Anak Abdul Wahab Ibnu SOAS1
3. Pengiran Muda Muhammad Jamalul Alam Ibnu Pengiran Anak
Muhammad Tajuddin ibnu SMJA1 ibnu SMT ibnu SOAS1
Apabila Sultan Abdul Momin menaiki takhta beliau berazam
untuk menurunkan Kerajaan kepada anak anak SOAS2 iaitu
1. Pengiran Anak Muhammad Salleh
2. Pengiran Anak Hashim
Di samping itu SAM menjadikan anak anak Pengiran Anak
Muhammad Tajuddin ibnu SMKA Ibnu SOAS1 sebagai putera angkat iaitu
1. Pengiran Anak Muhammad
2. Pengiran Anak Muhammad Hassan
Setelah mereka dewasa
1. Pengiran Bendahara Pengiran Anak Muhammad dikahwinkan
dengan Pengiran Anak Siti Zubaidah Ibnu SHA Ibnu SOAS2
2. Pengiran DiGadong Pengiran Anak Muhammad Hassan berkahwin
dengan Pengiran Anak Siti Fatimah Binti Pengiran Maharajalela Pengiran Anak
Abdul Kahar
Berbalik kepada anak anak SOAS2
1. Pengiran Anak Hashim (SHA) berkahwin dengan Pengiran
Chendera Kesuma Binti Pengiran Negara Indera dan berkahwin lagi dengan Pengiran
Siti Fatimah Binti Pengiran Anak Saiful Rizal Bin Pengiran Anak Muhammad Yusof
Ibnu SMT
2. Pengiran Pemancha Pengiran Anak Muhammad Salleh berkahwin
dengan Pengiran Babu Zakiah Binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badarrudin
Apabila Sultan Abdul Momin lindung maka Pengiran Anak Hashim
naik takhta sebab Pengiran Pemancha Muhammad Salleh telah lindung...
Wilayah jajahan Kesultanan Brunei Tempasuk dan Pandasan
diserahkan pada 29hb Disember 1877 oleh Sultan Abdul Momin kepada Overback/Dent
iaitu dari Wilayah Sulaman ke Paitan
(termasuk Sulaman, Ambong, Abai, Pulau Usukan, Tempasuk, Pandasan, Pulau Banggi
dan Pulau Pulau berdekatan) dengan bayaran $6000 setahun.
Pada hari yang sama 29hb Disember 1877, Sultan Abdul Momin
menyerahkan lagi Wilayah Jajahan Kesultanan Brunei seperti Paitan, Sugut,
Bangaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang dan semua Wilayah sehingga
Sungai Sibuku dengan bayaran $2000 setahun kepada Gustavus Baron de Overback
dan Alfred Dent.
Selain daripada itu Wilayah Jajahan Sungai Tulin Pulau
Mantanani diserahkan oleh anak Pangeran Mohamad Tajuddin bernama Pangeran
Bendahara Mohamad Sri Maharaja kepada BNBC pada 10hb April 1885 dengan bayaran
$350.
Dengan perjanjian dan penyerahan Wilayah Jajahan Kesultanan
Brunei di atas maka hilang lah selama lamanya pengaruh dan kuasa Kesultanan
Brunei terhadap Wilayah Jajahan Tempasuk dan Abai termasuk semua rakyatnya dan
muncul lah era baru pentadbiran kuasa barat bermula oleh William Prettyman dan
seterusnya BNBC.
Sumber :
1. Spencer St John, Life in the forest of the far east
2. James Francis Warren, The Suku Zone
3. Prof Madya Dr Haji Asbol Bin Mail
4. Bianca Maria Gerlich, Marudu 1845
5. Pehin Jamil, The History of the Sultans of Brunei accession
to the throne
6. Sumber dokumen persendirian.
No comments:
Post a Comment