Oleh Kumis Kumis
Sabah Society Journal Fail Perang Pandasan, Koleksi Peribadi
Sehingga hari ini masih ramai yang bertanyakan, siapakah
identiti sebenar Sharif Ali atau Embo Ali, seorang tokoh legenda Perang
Pandasan, Kota Belud, pada tahun 1915??
Marilah sama sama membantu menjejak identiti Sharif Ali?!
Antara tokoh legenda Perang Pandasan adalah sebenarnya
beberapa orang pemimpin atau ketua masyarakat dari Kota Marudu, yg dilantik
oleh pihak Kompeni yang pernah dijatuhkan hukuman mahkamah atas tuduhan serta
kesalahan tidak membayar Poll tax, di mana mereka akhirnya di dapati tidak
bersalah atas tuduhan tersebut.
Apa yang berlaku sebelum itu adalah kejadian seorang kerani
pihak kompeni di Kota Marudu, memalsukan resit pembayaran Poll Tax sehingga
berlaku kekurangan dari jumlah kutipan dan menuduh pemimpin Kota Marudu tidak
amanah. Sikap yang tidak jujur oleh kerani kompeni ini menimbulkan kemarahan
pemimpin masyarakat Kota Marudu.
Apabila di rujuk senarai identiti dan maklumat pemimpin
masyarakat Kota Marudu, dari Bongon, Taritipan dan Tamimisan di dalam surat
khabar "The British North Borneo Heralds" maka "Ali" atau
Sharif Ali dalam sengketa Perang Pandasan adalah sebenarnya seorang wira Kota
Marudu serta pemimpin masyarakat
persisiran Pantai Barat Sabah di samping beberapa tokoh lain seperti Aki
Kulindod dan Sharif Musdoki.
Maklumat ini juga disahkan di dalam catatan Ian Black
(1983)byang berkata bahawa tokoh atau dalang utama dalam Perang Pandasan
adalah.. "Seorang pemimpin masyarakat Kota Marudu", seperti yang
tertulis di dalam buku beliau bertajuk "A Gambling Style of Government,
The Establishment of the Chartered Company's Rule in Sabah, 1878-1915".
Maklumat lain atau tambahan yang boleh membantu kita
menjelaskan identiti Sharif Ali adalah senarai maklumat pemimpin Kota Marudu yg
bernama "Ali" pada ketika itu di Kota Marudu (rujuk keratan Surat
Khabar British North Borneo Heralds).
Pada zaman tersebut Kota Marudu mempunyai 3 orang tokoh
pemimpin masyarakat yang tersohor bernama "Ali" yang ada dalam
senarai :-
Tokoh pertama adalah cucu Sharif Ali anak Sharif Shee yg
juga bernama Sharif Ali. (Sharif Ali Bin Sharif Shee Bin Sharif Ali Bin Sharif
Osman[Perang Marudu 1845]) dari Bongon.
Tokoh ke dua adalah Dato Ali Bin Dato Mahomed Bin Dato Awang
berasal dari Tamimisan.
Tokoh ke tiga adalah Sharif Ali Bin Sharif Hassan Bin Sharif
Osman [Marudu 1845] dari Taritipan.
Apa yang jelas Sharif Ali dalam Perang Pandasan adalah dari
Kota Marudu dan dari susurgalur Sharif Osman tokoh legenda Perang Langkon,
Marudu 1845.
Perang Pandasan itu sendiri asalnya bermula dari Kota
Marudu. Tuan Gabenor SBBUB telah mengarahkan Tuan Maxwell di Kota Marudu untuk
menangkap semua pemberontak termasuk seorang individu yang amat penting bernama
Aki Kulindod.
Pada tahun 1915, Sharif Ali telah merancang pemberontakan
nekad menentang pentadbiran SBBUB dengan sokongan padu lebih kurang 150 orang
Suku Bajau dan Dusun yang datang dari Tuaran sehingga Kota Marudu dengan tujuan
menyerang pusat pentadbiran SBBUB di Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.
Pada mulanya Sharif Ali bersama Aki Kulindod cuba
melancarkan pemberontakan di Kota Marudu dan Kudat tetapi mereka tidak berjaya
mengumpul jumlah pemberontak yang ramai lalu membawa pengikut setia mereka ke
Pandasan, Kota Belud termasuk membawa anak pahlawan Suku Dusun terkenal Si
Gunting bernama si Bongol yang pernah ikut memberontak bersama bapa beliau
dalam tahun sekitar 1884 hingga 1905.
Apabila rombongan Sharif Ali dan Aki Kulindod tiba di
Kampung Keguraan, Kota Belud, di dalam satu perhimpunan, penduduk tempatan Kota
Belud antaranya Kadim, Adam, Duamang dan Simalli meluahkan perasaan tidak puas
hati dan kemarahan mereka terhadap pentadbiran kompeni dalam soal cukai, urusan
pentadbiran tanah, soal hak, keadilan dan penempatan penduduk sehingga mereka sanggup
dan bersedia memberontak.
Pandasan, Kota Belud ketika itu mengalami cuaca panas dan
musim kemarau yang serius sehingga merosakkan banyak hidupan dan tanaman yang
menyebabkan kesulitan dan kesengsaraan penduduk tempatan.
Suku Dusun juga merasa tidak puas hati atas sebab soal tanah
dan penempatan semula disamping soal cukai tapai atau minuman arak yang mereka
anggap keterlaluan dan tidak menghormati Adat resam dan Budaya mereka.
Pada tahun tersebut ramai di antara mereka dari Suku Dusun
yg di denda sebanyak $5 dan ada juga yg dijatuhkan hukuman penjara kerana gagal
membayar denda.
Pemimpin Masyarakat juga didenda $25 jika hutan dibuka untuk
dibersihkan tanpa mendapatkan permit serta bayaran 50 sen seekar mengikut akta
ladang 1913, memainkan peranan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin
masyarakat terhadap pihak kompeni.
17hb April 1915, Ketua Masyarakat Pendasan bernama Tuajak
melaporkan bahawa ada 6 orang dari Pendasan datang ke Tamu Penampang membawa
senjata dan salah seorang dari mereka bernama Kadim. Tidak lama kemudian
kumpulan bersenjata meningkat berjumlah 13 orang. Kalud Ketua Kampung Gunding
berkata dirumah Kadim ramai orang berkumpul kerana tidak puas hati. Hj Arshat
ketika itu berada di Menggatal dan Karuah tengah sakit. Lingoh OT Rusoh berkata
beliau diminta ikut serta dalam memberontak oleh Kadim dan Kulindad tetapi
beliau akan tetap Setia dengan kompeni. 10 orang anggota polis di arahkan pergi
ke Tamu Penampang. PC Brackenbury
berkata sebarang keputusan tidak dapat dibuat terpaksa menunggu kepulangan Hj
Arshat pada 22hb April 1915 dan kumpulan pemberontak telah berpindah dan
berkumpul di Keguraan.
22hb April 1915, Pemberontakan bermula apabila 150 orang
mula berkumpul di Pendasan , Kota Belud
23hb April 1915, peperangan pertama berlaku antara anggota
polis yang berada Kota Belud dengan kumpulan Sharif Ali.
24hb April 1915, Tuan Residen Barraut bersama Jemadar
Raidulah Khan bergerak dari Jesselton melalui jalan Gantisan menuju Tuaran
bersama 2 orang pegawai tempatan serta 17 orang anggota polis untuk mendapatkan
bantuan anggota polis.
25hb April 1915, Barraut bergerak menuju ke Kota Belud
melalui jalan Tadjau dan Tenghilan dengan jumlah anggota polis meningkat
keseluruhannya sehingga 38 orang berjumpa dengan Mandur Tuarek (Tuajak) dan
Puak yang memberitahu perkembangan serta maklumat terkini tentang identiti
pemberontak (selepas perang mereka berdua di lantik pemimpin masyarakat
Pendasan dan Tambilaong).
26hb April 1915, Barraut bergerak menuju ke Pandasan apabila
kumpulan pemberontak bergerak menuju ke kawasan Tamu Mamukan dan seterusnya
hendak menyerang pekan Kota Belud di mana di dalam perjalanan itu berlaku
pertempuran antara 38 anggota polis dengan 80 orang pemberontak. Lebih kurang
23 orang terkorban termasuk Sharif Ali dan Si Bongol anak Si Gunting. 649 biji
perluru digunakan dalam peperangan tersebut.
Seorang pemimpin tempatan Kota Belud yang bekerja dengan
pihak kompeni bernama Hj Arshad cuba memujuk pemberontak berdamai tapi usaha
beliau gagal.
Pahlawan yang lain berjaya melarikan diri termasuk Aki
Kulindod yg mengalami kecederaan. Aki Kulindod dan Adam akhirnya menyerah diri
dan dijatuhkan hukuman penjara ada yang sehingga 5 tahun oleh pihak British
tapi dibebaskan selepas itu
Ramai pemberontak di tangkap dan rumah serta harta benda
mereka di Kota Belud dirampas lalu dimusnahkan. Saguhati juga ditawarkan untuk
menangkap mereka yang terlibat.
Haji Salehudin telah diarahkan untuk menyenaraikan semua
pemberontak yg terkorban, cedera, tertangkap dan mereka yg di dapati terlibat.
Senarai lengkap ini perlu di hantar ke Kudat secepat
mungkin.
Senarai Anggota Polis yg bertugas ketika itu :-
1. Jemadhar Ridulah Khan
2. Koporal Serjuman (403)
3. Sakadar Khan (781)
4. Abdul Rahaman (69)
5. Faizali Khan (564)
6. Fazal Amat Khan (700)
7. Faker Mohamed (372)
8. Sarjan Genang (317)
9. Lans Kopral Ari (459)
10. Lans Kopral Siaw (303)
11. Agai (481)
12. Ulut (857)
13. Iset (879)
14. Sandig (239)
15. Laji (448)
16. Sarjan Boleh (115)
17. Lans Kopral Terudin (431)
18. Sumorop (940)
19. Lumbak (269)
20. Kawit (202)
21. Duayan (845)
22. Bangkulong (590)
23. Attal (591)
24. Ongkoh (432)
25. Bangsawan (570)
26. Jarah (482)
27. Sangkat (984)
28. Sempiau (305)
29. Amit (461)
30. Tinggi (266)
31. Imbang (595)
32. Alang (939)
33. Badan (888)
34. Kuntad (256)
35. Ganay (451)
36. Maak (Reserves)
37. Kotok (Reserves)
38. OKK M. Arshat
39. PC Brackenbury
40. Eh Barraut
41. Gadian (350)
42. Raji (448)
43. Akal (591)
44. Sara (Reserves)
45. Agan (Reserves)
Senarai mereka yang terkorban adalah :-
1. Kadim (Pendasan)
2. Sibi (Pendasan)
3. Adil (Pendasan)
4. Mampawi (Pendasan)(Ranau)
5. Jalal (Pendasan)
6. Keat (Pendasan)
7. Kelah (Pendasan)
8. Simali (Marudu)
9. Sharif Omar (Pendasan)
10. Bunsolog (Marudu)
11. Sharif Musdoki (Marudu)
12. Karis (Marudu)
13. Bongol (Marudu)
14. Sabon (Tambilahong)
15. Ali (Tambilahong)
16. Layin (Tambilahong)
17. Barat (Tambilahong)
18. Dusi (Tambilahong)
19. Awang (Tambilahong)
20. Block (Sambirai)
21. Kelali (Bungaliu)
22. Adam (Marudu)
23. Duamang (Marudu)
Senarai mereka yang tercedera :-
1. Sharif Sagap (Pendasan)
2. Toh (Pendasan)
3. Tasin (Pendasan)
4. Benuh (Pendasan)
5. Sedi (Pendasan)
6. Sabas (Pendasan)
7. Raya (Tambilahong)
8. Sandar (Tambilahong)
9. Mamad (Marudu)
10. Rajuman (Pinampang)
11. Nelassan (Pinampang)
12. Sapi (Kaguraan)
13. Magoring (Mantenau)
Senarai yang di tangkap :-
1. OT Pak (Kg Timbang) (Dusun)
2. Tut (Kg Timbang) (Dusun)
3. Tap (Kg Timbang) (Dusun)
4. Mintou (Kg Timbang) (Dusun)
5. Masih (Kg Timbang) (Dusun)
6. Pansih (Kg Timbang) (Dusun)
7. Mendalih (Kg Timbang) (Dusun)
8. Trassi (Kg Timbang) (Dusun)
9. Bangkourai (Kg Timbang) (Dusun)
10. OT Basi (Passik) (Dusun)
11. Bangkaras (Passik)(Dusun)
12. Madar (Passik)(Dusun)
13. Penarat (Mantinou) (Dusun)
14. Labagan (Mantinou)(Dusun)
15. Ramayan (Mantinou)(Dusun)
16. OT Linan (Rosok) (Dusun)
17. OT Kabasi (Rosok) (Dusun)
18. Leod (Ginambur)
19. Lansam (Ginambur)
20. Sampidah (Ginambur)
21. OT Melingan (Suron)
22. Merandong (Suron)
23. Lafisan (Suron)
24. OT Kenol (Kukut)
25. Randian (Kukut)
26. Pantaran (Kukut)
27. Sidullah (Pinampang)
28. Selohgong(Pinampang)
29. Hassan (Pinampang)
30. Salleh (Pinampang)
31. Sudin (Pinampang)
32. ih (Pinampang)
33. ah (Pinampang)
34. tar (Pinampang)
35. Atin (Pinampang)
36. Sargemin (Pinampang)
37. Atong (Ranau)
38. Saing (Ranau)
39. Rasok (Ranau)
40. Sapi (Ranau)
41. Sarun (Ranau)
42. Kola (Ranau)
43. Jualli
44. Gani
45. Gasten
46. Jakoi
47. Sadih
48. Meralli
49. Judin
50. Medayong (Pendasan)
51. Lintigas (Pendasan)
52. Darampin (Pendasan)
53. Burut (Timbang)
54. Tungus (Timbang)
55. Menudin (Pendasan)
Sila ambil perhatian ada tiga orang bernama Ali dalam
senarai yg terbunuh iaitu Ali, Simali dan Kelali.
Selepas kejadian tersebut Mandur Tuarek di lantik menjadi
Ketua Masyarakat Pendasan dan Si Puak di lantik menjadi Ketua Masyarakat
Tambilahong atas Jasa dan khidmat mereka semasa Perang Pandasan. Komen tentang
prestasi anggota polis pula adalah Tuan Brackenbury dan Tuan Surfleet didapati
menjalankan tugas yg cemerlang tetapi Sarjan Bulih agak lemah mengendalikan
masalah di Kota Belud.
Semoga maklumat ini dapat membantu kita mengenal identiti
pahlawan gemilang tempatan di zaman silam.
Sekiranya pembaca ingin menambah serta membaiki maklumat
dalam catatan di atas adalah dipersilakan.
Penulis memohon ampun dan maaf jika berlaku sebarang
kesilapan serta kekurangan dalam catatan diatas di mana niat asal adalah
sekadar menjejak identiti tokoh perang legenda Sharif Ali.
Gambar @ kumis kumis
Sumber :
1. John Alman The Sabah Society Journals
2. Ian Black A Gambling Style of Government
3. Milus Hj Wahab Figura dan Fakta
4. Owen Rutter British North Borneo muka surat 223
5. Ranjit Singh The Making of Sabah
6. CO 874/834
7. British North Borneo Herald
No comments:
Post a Comment