Oleh Kumis Kumis
Sejarah Suku Tobilung dari cabang Suku Mononggigi dikatakan bermula
dari seorang pahlawan hebat luar biasa bertubuh badan besar dan gagah berani
bernama Gumuron.
Gumuron dalam versi ini dipercayai Suku Dusun yang mempunyai
ikatan tali kekeluargaan dengan Suku Kaum yang berasal dari Negara Cina yang
berhijrah ke Brunei.
Anak Gumuron seorang pahlawan yang hebat dan terkenal
bernama Galampas membawa kaumnya berpindah dari Brunei ke Nunuk Ragang. Anak
Galampas pula bernama Somporou lahir di Nunuk Ragang.
Pada suatu hari, anak Somporou bernama Woyoon Aki Guminggon
membuat keputusan meninggalkan Nunuk Ragang dan berhijrah ke Inanam bersama
anaknya bernama Tombolung dan Lakou. Tombolung mempunyai 4 orang anak lelaki
dan seorang anak perempuan.
Anak perempuan Tombolung adalah anak sulungnya dan telah
berkahwin dan tengah mengandung terpaksa ditinggalkan di Inanam bersama atuknya
Guminggon apabila Tombolung membuat keputusan untuk berhijrah di Pindasan
bersama adiknya yg bernama Lakou dan anak anaknya yang bernama Lajou, Bujang,
Gimadang dan Saganggoh.
Tombolung berpesan kepada bapanya Guminggon dan anak
perempuannya untuk mencari mereka setelah anaknya bersalin dan beliau akan
meninggal tanda tiang bambu untuk ayam menentas sepanjang jalan yg di panggil
"kukurungan", "pogontoluon", "gigimpuan" atau
"tingkahang" ...
Tombolung tinggal di Pindasan selama 3 tahun dan apabila
isterinya meninggal dunia beliau membuat keputusan untuk pindah ke Nuluu Rumun
atau "Rumun Hill" sekarang Kampung Dudar apabila melihat seekor
Burung Helang terbang sambil menari lalu hinggap di dahan besar.
Cerita Burung Helang ini juga menjadi inspirasi kepada
tarian "Mongigal". Tombolung hidup sehingga usia 100 tahun apabila
beliau meninggal dunia. Setelah Tombolung meninggal dunia Lajou dan Saganggoh
pindah menyelusuri Sungai Lintupan dan membuka sebuah perkampungan bernama
Lapai, atau sekarang dikenali sebagai Mengaris.
Gimadang dan Bujang pula berpindah dan menetap di Kampung
Sarang. Lakou adik kepada Tombolung seorang pahlawan yg berbadan besar gagah
perkasa pindah ke Tinongkuban dan bercucuk tanam di kawasan tersebut.
Lakou sentiasa menjaga dan segera datang membantu anak
buahnya di Mengaris dan Sarang jika mereka diserang oleh pihak musuh. Apabila
Lakou meninggal dunia beliau dikebumikan di Timbang.
Sehingga hari ini orang ramai mengatakan bahawa suku
Tobilung mendapat namanya dari ketokohan pahlawan hebat yang bernama
Tombolung.... Dan ada pula yg mengatakan asal nama Suku Tobilung adalah dari
nama pokok Tobilung...
Ada lebih dari 200 orang Suku Tobilung tinggal di Ulu Kukut
sebelum ketibaan British Charted Company. Pada satu ketika wabak taun merebak
dikampung dan ramai yg terkorban dan dikebumikan di Ulu Kukut.
Suku Tobilung terpaksa berpindah ke Mengaris dan Langkon,
sedikit dari mereka masih tinggal di Ulu Kukut. Apabila Suku Tobilung pindah ke
Kota Marudu mereka terpaksa berperang menentang Suku Momoguns.
Suku Tobilung dari Mengaris, Lobak Sungai dan Tampinatau
sentiasa bergabung untuk berperang melawan Suku Momoguns.
Suku Tobilung juga berperang menentang Suku Kogosingan dan
Suku Lotud di zaman perang suku dan potong kepala ( zaman misangod rondom )
sebagai salah satu adat kehidupan mereka masa lampau.
Suku Tobilung Kota Marudu mengatakan bahawa Suku Tobilung
adalah suku Kadazandusun yg pertama menetap di Inanam.
Selepas Nunuk Ragang seorang Panglima Agung Suku Tobilung
bernama Mondowoi dan Memburing berpindah ke Tambunan melalui Sungai Kogibangan
melintasi banjaran Trus Madi menyelusuri Sungai Pagalan membuka perkampungan
Tobilung di Tambunan.
Suku Tobilung merupakan penduduk terawal dan suku
Kadazandusun yg utama di Tambunan.
Apabila Suku Tuhawon dan Suku Tibabar berperang antara
mereka, maka Suku Tobilung akan dipanggil sebagai Suku yang dipercayai dan
dihormati boleh membantu menyelesaikan salah faham antara kaum.
Suku Tobilung juga menyelusuri Sungai Tandulu dari Banjaran
Crocker membuka beberapa perkampungan di Inobong, Penampang dan Inanam.
Disebabkan terlalu banyak perpindahan dan peperangan sebelum
dan selepas Nunuk Ragang maka Suku Tobilung terpecah kepada tiga kawasan utama
seperti Tambunan, Inanam dan Kota Marudu.
Berbalik kepada cerita anak perempuan Tombolung dan bapanya
Guminggon di Inanam di mana mereka tidak dapat membawa tempayan pusaka mereka
berhijrah ke Utara. Maka mereka membuka beberapa perkampungan dari Inanam
sehingga ke Kionsom.
Suku Tobilung juga membuka beberapa perkampungan di Kitobu,
Dambai, Tobilung dan Tatahan.
Apabila suku Tobilung pertama kali sampai di Inanam mereka
tinggal di kawasan seluas 20 ekar dari Sungai Inanam sehingga Kampung Sinulihan
Baru. Inanam, Menggatal dan Api Api diserahkan kepada pihak British Charted
Company pada tahun 1898.
Sebelum 1898, Inanam merupakan markas utama Paduka Mat
Salleh. Suku Tobilung adalah Suku yg banyak berjasa kepada perjuangan awal
masyarakat Sabah serta bergabung dengan Mat Salleh berperang melawan penjajah
British.
Apabila pihak kompeni menyerang Inanam termasuk perkampungan Suku Tobilung pada
tahun 1897, mereka terjumpa banyak barang barang rampasan dari Pulau Gaya di
rumah rumah perkampungan Suku Tobilung Inanam.
Suku Tobilung juga bergabung dengan Suku Tagahas menyerang
tamu di Pogunan, Tambunan dan menjadikan tamu Inanam sebagai salah satu pusat
perdagangan utama barang barang dan hasil tanaman ternakan tempatan pantai
barat ketika itu.
Gambar : HH Everett
Rujukan :
1. Dalrymple 1767
2. Forrest 1779
3. Hutton 1883
4. Dalrymple 1883
5. Daly 1886
6. Roth 1896
7. Evan 1922
8. Rutter 1922
9. BNBH 16.1.1932
10. Santaren 1956
11. Wood Moser 1958
12. Caroll 1960
13. Robert Nicholls, 1960
14. Harrison 1958, 1962, 1971
15. Beurdeley 1974
16. Sonza 1979
17. Kaim Karimin 1981
18. James Ongkili 1983
19. Smith 1984
20. Bellwood 1985
21. Phelan 1997
22. Timis Sambadi 1998
23. PS Shim 2000, 2003, 2007
No comments:
Post a Comment