Oleh Kumis Kumis
Manuskrip Lama. Warkah Sharif Kassim kepada Raffles pada tahun 1811
Sejak 2000 tahun yang lalu, Lautan Hindi, Laut Cina Selatan
dan Lautan Jawa adalah umpama arteri atau saluran darah dalam perdagangan laut
antarabangsa Asia Tenggara dan Selat Melaka umpama jantungnya.
Laluan perdagangan laut purba ini dari Negara Cina ke Negara
India menghubungi jutaan penduduk Asia Tenggara yang menghuni persisiran pantai
sepanjang lebih 10,000 kilometer termasuk Kepulauan Borneo.
Laluan perdagangan laut ini bolehlah dinamakan sebagai
"Laluan dagangan laut Sutera" di mana Sutera menjadi komoditi utama
yang membawa banyak keuntungan dan kekayaan kepada para pedagang .
Menurut kajian sejarah, Negara Cina telah mula menjual kain
Sutera ke Negara Barat seawal abad pertama AD (Warmington 1928).
Kajian dan penemuan tapak arkeologi di Singapura sejak
kebelakangan ini juga membuktikan bahawa pada suatu ketika dulu di zaman silam
berlaku aktiviti perdagangan laut yang pernah mencapai satu tahap dan zaman
kegemilangan sebelum kedatangan pihak British.
Sejarah moden Singapura dikatakan bermula dengan ketibaan
Tuan Thomas Stamford Raffles pada tahun 1819. Raffles merupakan Ketua Kerajaan
British di Jawa dari tahun 1811 sehingga 1816 di mana beliau berjaya menjumpai
tinggalan purba dan bersejarah seperti Kuil Singahsari, Chandi Sari dan Kuil
Borobudur.
Raffles adalah seorang yang sangat meminati barangan purba
dan mempunyai minda Antropologi yang meminati seni dan budaya penduduk Asia
Tenggara di zaman silam yang amat mendalam.
Manuskrip dari Acheh : Sumber Lufti Akhbar Warkah Sultan Pontianak kepada Gubernur Jendral Belanda di Batvia: Sumber Lufti Akbar Old Manuscript. Credit to British Library
Raffles antara orang yang awal mengkaji dokumen dan
manuskrip zaman silam dan ada di antara manuskrip tersebut seawal dari tahun
1612.
Surat yang dikongsikan dalam posting hari ini adalah Surat dari Sultan Sharif Kassim kepada
Raffles pada tahun 1811.
Sultan Sharif Kassim dari Pontianak dari sebelah Barat
Borneo memohon pertolongan dari Raffles menangani akitivi pelanunan Kerajaan
Sambas yang merupakan salah satu lagi Kerajaan Barat Borneo.
Kerajaan Sambas menurut Sharif Kassim telah berkerjasama
dengan kumpulan Lanun untuk menyerang kapal perdagangan yang jika tidak
dibendung akan menganggu hubungan perdagangan yang ada kaitan dengan Kerajaan
British.
Di dalam kandungan surat ini juga , Sharif Kassim
mengucapkan terima kasih dan penghargaan beliau kepada Raffles atas hadiah
pakaian dan sepasang kasut berwarna emas di masa lalu.
Sebagai balasan dari pemberian Raffles tadi, Sharif Kassim
menghadiahkan beliau dua manuskrip lama mengenai buku undang undang dan sejarah
silam bertajuk Hikayat Sultan Iskandar.
Perkongsian kisah Sejarah hari ini memberi gambaran bahawa
kita perlu menjejak Sejarah Silam sehingga ke luar negara termasuk Negara yang
ada hubungan dengan kita di masa lampau dan
sentiasa terus mencari dokumen
serta manuskrip lama demi mendalami sambil memperkayakan lagi Sejarah Sabah North
Borneo.
Gambar :
1. The British Library
2. National Museum of Singapore
Sumber :
1. John N Miksic, Singapore and The Silk Road of the Sea
1300 and 1800.
No comments:
Post a Comment