Oleh Kumis Kumis
Kumpulan yang di anggotai oleh golongan sukarelawan ahli
sejarah, ahli Sejarah amatur serta peminat Sejarah yang ingin menjejak Sejarah
secara santai serta mengembara ke seluruh pelusuk Kampung, Daerah dan Pulau di
Borneo, Kalimantan serta Nusantara sambil melawat tapak dan kesan Sejarah,
mengambil maklumat lama dan terbaru, merujuk catatan silam, berkongsi ilmu,
bertemubual dengan penduduk setempat serta melihat sendiri tapak tinggalan
Sejarah silam yang akan dikongsikan kepada semua peminat Sejarah.
Objektif kumpulan adalah sekadar salah satu akitivi riadah
sukarela mengisi masa lapang ekspedisi menjejak Sejarah dan juga sebagai hobi
berkumpulan peminat Sejarah Sabah.
Matlamat kumpulan adalah ingin mendalami ilmu Sejarah Sabah
dengan melawat tapak dan lokasi bersejarah sambil mengetahui lebih mendalam
adat budaya kaum tempatan serta kisah Sejarah silam kawasan tersebut.
Sesi pertemuan bersama ahli sambil berkongsi ilmu dan
bertukar pendapat mengenai kisah Sejarah yang mungkin sebelum ini tidak pernah
diketahui oleh orang ramai dengan menyertai ekspedisi menjejak tinggalan
Sejarah silam yang ada kaitan dengan Sabah dengan cara berhemah dan teratur
dengan menerapkan nilai leluhur "Adap dan Adat".
Salah satu lagi usaha sukarela melestarikan kisah dan
catatan tinggalan Sejarah silam semua suku kaum, bangsa dan budaya serta
mempertabatkan Sejarah Sabah.
No comments:
Post a Comment