Oleh Kumis Kumis
Sungai Putatan |
Sungai Putatan |
Daerah Penampang dikatakan tidak berpenghuni di abad yang ke
17. Cuma ada sebuah perkampungan Brunei di Kinarut di mana Sultan Hakkul Mubin,
yang memerintah Brunei dari tahun 1660-1673, pernah menjadikan Kampung tersebut
sebagai tempat tinggal dan kubu pertahanannya (Maxwell, 2001).
Satu tindakan yg dikatakan di rancang oleh Sultan Muhyiddin
yang memerintah Brunei dari tahun 1673-1690 selepas Peperangan Kinarut ,
menyebabkan ramai suku kaum Orang Laut (Bajau) Kinarut berpindah ke Putatan dan
Kawang.
Dalrymple dalam catatan tahun 1767 melawat Sabah pada tahun
1762-1763, mendapati suku kaum Kadazandusun (idaan) wujud hanya di Tuaran dan
di Papar tetapi tidak menyebutkan suku kaum kadazandusun Putatan.
Forrest dalam catatan 1779 pula melawat Sabah pada tahun
1776, mengatakan belum ada kewujudan suku kaum kadazandusun tetapi kaum Cina
sudah mula tinggal dan menetap di Putatan menanam tanaman lada putih.
Seratus tahun kemudian Von Donop dalam catatan 1883
mengatakan ada tinggalan kesan tanaman lada putih oleh penduduk suku kaum Cina
tetapi atas sebab dikenakan bayaran cukai yg agak tinggi oleh Rajah kawasan ini
dan tindakan itu dibenarkan oleh Sultan Brunei maka ramai suku kaum Cina
berpindah keluar dari Putatan.
Kuburan Datu Menteri Babu Kuburan Limpai dan Saladik Kuburan Tandian dan Sokunil
Pada masa inilah kemunculan suku kaum kadazandusun ke Daerah
Penampang. Menteri Babu dikatakan berasal dari suku kaum Bangkaakon. Nenek
moyang Menteri Babu berasal dari Sungai Kawanan dekat Nunuk Ragang berhijrah ke
Penampang. Suku kaum Bangkaakon menetap di kawasan dataran dari Moyog (Babagon)
sehinggalah kekawasan Utara Bantayan. Inanam dan Kionsom pada masa itu didiami
oleh suku kaum Tobilung dan suku kaum Tanggara berhijrah keselatan Moyog hampir
dengan Putatan (Shim, 2000).
Menteri Babu merupakan seorang tokoh yang terkenal dan
berpengaruh di Penampang di abad ke 19. Apa yang menarik adalah Menteri Babu
merupakan seorang wanita yang memimpin kaumnya di zaman pergolakkan, zaman
Perubahan pemerintahan iaitu zaman pemerintahan Brunei dan zaman pemerintahan
British. Serta zaman pemberontakan.
Menteri Babu dikatakan sudah lahir pada tahun 1815 sama
dengan pahlawan Tanggara yg hebat bernama Monsopiad . Menteri Babu tinggal Di
beberapa buah Kampung yg utama adalah Kampung Guunsing tapi rekod British
mengatakan beliau tinggal di Kampung
terawi.
Menurut catatan pihak British Menteri Babu sebenarnya
bernama Si Limpay. Suami beliau sudah meninggal dunia dan Menteri Babu adalah
seorang yg kaya sambil mempunyai tanah sawah padi yg luas serta rumah yg
tercantik. Beliau dikatakan menetap di Terawi.
Governor Mr Wheatley setelah mendapat Sungai tulin Putatan
pada tahun 1884, telah mengurniakan jawatan Menteri Babu kepada Si Limpay pada
9.5.1884. Menteri Babu juga Di lantik sebagai Native Chief dengan gaji $5.00
sebulan. Ada 5 orang Native Chief Di Putatan ketika itu selain dari Menteri
Babu iaitu Datu Setia, Datu Panglima, Datu Maharajalela dan Datu Perkasa.
Setiap Native Chief selain mendapat gaji layak menerima 1/5 dari jumlah poll
tax yg dikutip. Pada tahun 1893 menteri babu memperbaiki rumahnya dan pada
bulan March 1900 beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia pada 1.1.1901.
Suami Menteri Babu yang bernama Saladik pula ada legendanya
tersendiri dimana beliau dikatakan orang yg berjaya mendapat Mutiara dari
seekor Naga yg waktu itu hidup Di kawasan Laut antara Pulau Gaya dan Putatan.
Legenda ini cuma segelintir orang Penampang saja yg tahu.
Mutiara tersebut sebesar telur angsa. Selepas berjaya melarikan Mutiara Naga
dan mendayung ke pantai, Suami Menteri Babu mendapati bahawa Mutiara Naga itu
mempunyai kuasa untuk melembutkan tanah yg dipijak seolah olah orang itu boleh
tenggelam atau ditelan ke dalam Bumi.
Satu cara saja agar seseorang yg membawa Mutiara Naga itu
agar tidak di telan Bumi adalah berganti ganti memindahkan Mutiara Naga itu
kepada seorang demi seorang sehingga mereka sampai di rumah.
Menteri Babu memanggil beberapa orang bobohizon dari kawasan
sekitar untuk mengadakan upacara sembahyang untuk menghilangkan kuasa Mutiara
Naga yg mampu menelan seseorang yg memegangnya ke dalam Bumi..
Upacara itu mengambil satu jangka masa yg agak lama dan
akhirnya mereka berjaya menghilangkan kuasa Mutiara Naga yg boleh menelan orang
ke Bumi. Pada suatu ketika apabila Suami
menteri babu meninggal dunia, ada cadangan untuk menghidupkan beliau kembali
dengan menggunakan Mutiara Naga tadi.
Apabila Mutiara Naga Diletakkan Di tangan beliau dalam
upacara itu ternyata beliau tidak dapat dihidupkan malah cahaya Mutiara Naga
hilang buat selama lamanya. Mutiara tersebut disimpan dalam sebuah tempayan dan
diserahkan kepada anak lelaki Menteri Babu yg tertua (mohon Izin) bernama
Bohuntung yg bererti Pelangi.
Mutiara Naga tersebut setiasa diturunkan kepada susurgalur
anak lelaki yg tertua. Pada tahun 1883 Father Alexander Prenger pernah berjumpa
dengan Menteri Babu Di Guunsing. Menteri Babu juga terkenal sebagai Ketua
Bobohizon dengan ramai murid muridnya. Pernah timbul salah faham antara Father
Prenger dengan Menteri babu sehingga Father Prenger terpaksa pindah ke Inobong.
Apabila suku Tanggara mula mula tinggal Di kawasan Sugud dan
Putatan mereka mempunyai hubungan yg amat baik dengan suku Bangkaakon. Apabila
kedua dua suku bangkaakon dan Tanggara selesai berhijrah ke kawasan Penampang,
suku Tagahas yg mendiami kawasan bukit banjaran kroker mula turun dari bukit
serta menyerang perkampungan Bankaakons dan Tanggara dan berlakulah perang
ngayau/memburu kepala (potong kepala).
Suku Tagahas marah kepada suku Tanggara kerana sewaktu migrasi
besar suku kaum dusun mereka merasa tertipu dengan memilih kawasan bukit ulu
Tuaran sebagai tempat tinggal mereka dan sebaliknya suku Tanggara dan suku
bangkaakon memilih kawasan dataran
landai yg subur.
Perang Memburu kepala ini berlaku di zaman menteri babu di
mana pahlawan bernama Monsopiad dari suku Tanggara dan Si Gantang dari suku
bangkaakon bergabung tenaga Saling bantu membantu mempertahankan Penampang dari
serangan Suku Tagahas dan memastikan Penampang selamat. Salah faham antara suku
Tanggara dan suku Bangkaakon bermula apabila mansopiad berjaya membunuh si
gantang pahlawan hebat dari suku bangkaakon (Phelan 1997).
Ada pelbagai versi kisah pembunuhan dan pergaduan antara
pahlawan monsopiad dan pahlawan si gantang oleh kedua dua suku kaum. Pembunuhan
sigantang tidak menyebabkan perang kesukuan antara suku Tanggara dan suku
bangkaakon atas sebab mereka dari awal lagi sudah ada perjanjian persahabatan
dan memandang kepada kewibawaan Menteri Babu. Setelah suku Bangkaakon dan suku
Tanggara menetap lama di Penampang maka pembesar Kesultanan Brunei mula
menuntut bayaran poll tax berupa bayaran beberapa gantang beras dan ayam atas
dasar kawasan tersebut merupakan tanah jajahannya serta mereka mempunyai
kekuatan tentera perang termasuk meriam.
Semakin lama jumlah cukai dan kekerapan membayar cukai
bertambah menyebabkan suku Bangkaakon Bangun memberontak terhadap pemungut
cukai atau pemungut Buis yg dikenali sebagai pemberontakan kulintangan Buis yg
diketuai sendiri oleh Huguan Siou Guunsing dan beliau berjaya membunuh semua
pemungut cukai Buis serta memotong kepala mereka, pemungut cukai Buis ini
sebenarnya di hantar oleh golongan pembesar Brunei.
Sultan Brunei yg bijak dan memerintah dari jauh tidak mahu
menghantar tentera untuk memerangi pemberontak Penampang dan tidak setuju
pahlawan pahlawan Guunsing Di ambil sebarang hukuman. Sultan yg bijak
menghantar wakilnya ke Penampang dan mengumpul semua orang Tua dan Di bawa
berbincang apabila mendapat keputusan sepakat maka beberapa orang tua diberikan
pangkat dan gelaran Datu.
Datu Datu yg baru dilantik ini di minta memungut cukai Buis
bagi pihak pembesar Brunei yg memiliki Sungai moyog, seorang datu dari Tua ui
(Terawi), seorang datu dari Penampang proper, seorang datu dari tuavon dan
seterusnya. Sultan cuma menghukum Huguan Siou Guunsing dan orang Tua hungab
dengan tidak memberi gelaran datu kepada beliau atas alasan membunuh rakyat
baginda yg memungut Buis. Datu dari Terawi adalah Menteri Babu dan Sultan
Brunei memberikan gelaran Datu Menteri Babu kepada Si Limpay .
Ketua pemberontak yg diketuai oleh seorang Huguan Siou
Guunsing bernama Sagir sebenarnya adalah salah seorang dari Lima orang anak
Menteri Babu. Selain Sagir Datu Menteri Babu mempunyai seorang anak lagi
bernama Buka (Topin 2003), Sagir menyerang pemungut Buis yg melalui satu
kawasan dari Digot sehingga Sodomon selepas Puun Tunoh.
Sagir ada membuat kubu di bukit Sinongkulan dan sekitar
tahun 1855 beliau merupakan ketua kepada pangazou (pahlawan). Ahli keluarga
Datu Menteri Babu sebenarnya terdiri
daripada beberapa orang anak lelaki yg gagah perkasa dan keluarga Datu Menteri
Babu sungguh berpengaruh. ....
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ahi keluarga dan keturunan Datu Menteri Babu kerana membawa penulis menziarah Kuburan Datu Menteri Babu agar tertulis Sejarah, perjuangan, jasa, pengorbanan dan Kisah silam beliau buat tatapan dan peringatan generasi baru.
Penulis juga memohon ampun dan maaf jika ada dalam penulisan ini mengandungi maklumat dan ejaan tidak betul di mana akan segera diperbaiki di masa akan datang.
Sumber :
1. PS Shim
2. Sabah Society Journal
Gambar :
1. 1910 sumber George whoolley dan muzium Negeri Sabah..
No comments:
Post a Comment