Oleh Kumis Kumis
Ilustrasi Pemberontakan Buis Kulintangon
Ini adalah sebuah kisah pemberontakan Suku Kadazan, Penampang
terhadap golongan pemungut cukai Kesultanan Brunei pada abad ke 19.
Apabila seseorang mendengar perkataan Kulintangon, perkara pertama yang mereka sebut atau terbayang adalah sebuah alat muzik tradisional Kulintangan tetapi Kulintangon yang dimaksudkan disini sebenarnya adalah satu lokasi di sebuah bukit
kecil dengan ketinggian 300 kaki dari paras laut yang sekarang ini terletak
dibelakang pekan Donggongon, Penampang, di mana ketika itu dikelilingi oleh
kawasan paya.
Pemimpin para pejuang Suku Kadazan memilih bukit Kulintangon sebagai kubu mereka
atas sebab sudut tinjauan kawasan sekitar yang baik serta kedudukan sebagai lokasi pertahanan yang sungguh strategik.
Bagi Suku Kadazan perkataan "Buis" adalah ayat yang
asing bagi mereka. Walau bagaimana pun suku Kadazan merujuk Buis sebagai cukai
kepala atau poll tax yang dikutip oleh wakil Sultan Brunei setiap tahun.
Suku Kadazan memberi nama golongan pemungut cukai sebagai "Tabai Moguak" iaitu nama lain Buis bererti "Orang Brunei yang suka menggeledah" . Jadi bila
ada orang Brunei muncul mereka mula berbisik sambil berkata "Tabai Moguak" datang...
Pemberontakan adalah sesuatu tindakan yang bukan disenangi
oleh Suku Kadazan tetapi Suku Kadazan amat terkenal dengan kehebatan mengayau atau adat
resam memotong kepala. Suku Kadazan sebenarnya adalah satu suku yang cintakan
keamanan dan amat setia kepada golongan pemerintah.
Kejadian pemberontakan ini berlaku atas sebab salah faham
dan suku Kadazan lebih menyalahkan golongan pemungut cukai kepala tersebut daripada menyalahkan Sultan.
Catatan ini merupakan sebuah cerita lisan dari orang tua tua dulu
kala tentang bagaimana bermulanya kisah Pemberontakan Buis Kulintangon. Kita
semua tahu bahawa di zaman dulu kala Sultan Brunei adalah merupakan Sultan
Borneo dan tidak boleh dinafikan sebagai seorang tokoh yang terbilang di
waktu itu.
Tetapi pada zaman itu aktiviti melanun juga agak sukar di
kawal dan berleluasa. Di abad ke 18 dan ke 19, lanun lanun selalu mendarat di kawasan
pantai. Lanun datang dan pergi sesuka hati mereka serta menangkap budak budak
lelaki dan perempuan yang mereka temui untuk dijual ditempat lain.
Sultan Brunei tidak berjaya membendung kejadian ini dan agak
sukar untuk menjaga serta mentadbir rakyatnya yang ramai di kepulauan Borneo.
Pada masa itu juga Sultan Brunei telah memberi arahan bahawa setiap lelaki yg
berusia 20 tahun ke atas perlu membayar cukai kepala.
Setiap tahun Sultan akan menghantar wakil beliau datang untuk
memungut cukai kepala. Rombongan wakil yang memungut cukai kepala akan berlayar
masuk dengan perahu dari Sungai Putatan sehingga ke Penampang.
Pekan Penampang ketika itu didiami oleh ramai Suku Kadazan.
Terdapat banyak rumah rumah suku Kadazan di Penampang dari Kampung lain. Cukai
kepala yang dikutip biasanya cuma beberapa gantang beras dan beberapa ekor ayam
saja dari setiap isi rumah. Jika sekadar soal pembayaran Buis sebenarnya sesuatu yang mudah dan mampu di
tanggung oleh orang Kampung tetapi secara zahirnya tukang kutip Buis ini memang
tidak disenangi oleh orang ramai.
Suku Kadazan sedar bahawa tidak membayar cukai sebenarnya
bukan satu pilihan. Mereka sedar bahawa mereka perlu membayar cukai. Pada
ketika itu mereka berpecah dan berpuak puak tanpa mempunyai pemimpin atau
seorang ketua yang benar benar disegani, di hormati, berkuasa serta mendapat
pengiktirafan Sultan. Kebiasaannya kutipan Buis dibuat setahun sekali.
Suku Kadazan sebenarnya amat berpuas hati dan tidak mempunyai asas untuk
membuat sebarang aduan tetapi tiba tiba Si "Tabais" (orang Brunei)
datang kerap kali dalam setahun dan apabila mereka datang ada saja harta benda
mereka yang diambil oleh kumpulan pemungut cukai ini.
Orang Kampung mula merasakan bebanan dan kesusahan dari
tindakan pemungut cukai ini. Pada mulanya suku Kadazan tidak berbuat apa apa.
Mereka berpendapat sebenarnya mereka boleh mengadu kepada Sultan, tetapi tiada siapa
yang boleh mereka hantar untuk menyampaikan aduan mereka dan timbul keraguan sama ada aduan mereka akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
Apabila pemungut cukai datang pula mereka mengunakan nama
"Sultan" untuk mengambil apa saja barang barang kepunyaan orang
Kampung. Suku Kadazan tidak memahami sistem pentadbiran Sultan dan bagaimana
fungsi sesebuah Kerajaan...
Apa yang mereka faham cuma si Tabais (orang Brunei) menindas
serta merampas barang barang kepunyaan mereka. Tidak lama selepas itu suku
Kadazan menguatkan semangat dan azam mereka dan nekad untuk menghalang si
Tabais (orang Brunei) dari merampas barang barang kepunyaan mereka lagi.
Pertempuran pertama berlaku di Kampung Terawi . Suku Kadazan
menebang sebatang pokok besar dan diletak merintangi Sungai yg menghala ke
Penampang . Si Tabais (orang Brunei) tidak dapat belayar masuk jauh ke
Penampang. Tempat dan lokasi pokok yg di tebang ini dikenali sebagai Tagad.
Buat kali pertamanya si Tabais (orang Brunei) kalah dalam Peperangan di Terawi.
Kekalahan si Tabais (orang Brunei) membuat mereka merasa marah dan datang lagi
beberapa minggu kemudian dengan membawa ramai orang dan kelengkapan perang yang
lebih bagus.
Orang Kampung pula sebenarnya tidak duduk diam diri, mereka
lebih awal lagi tahu bahawa si Tabais (orang Brunei) akan datang lagi menuntut
bela dan sudah bersiap sedia. Orang Kampung menyembunyikan semua golongan
wanita dan anak anak di beberapa rumah selamat yang dilindungi oleh beberapa
orang pahlawan yg hebat. Para pejuang suku Kadazan yang gagah berani sudah
bersiap sedia di dalam kubu mereka yang berada di puncak bukit Kulintangon.
Pahlawan pahlawan tersebut terlebih dahulu menyediakan banyak
batang kayu yang besar dan batang kayu kelapa sebagai senjata rahsia. Para
pejuang suku Kadazan dengan langkah yang amat bijaksana dapat membuat si Tabais
(orang Brunei) mengejar pejuang handalan suku Kadazan sehingga hampir kepuncak
bukit.
Dengan tiba tiba tanpa di sangka pejuang hebat suku Kadazan
dari dalam kubu mengulingkan semua batang kayu ke bawah bukit kearah si Tabais
(orang Brunei) . Selepas itu mereka ramai ramai menyerang si Tabais (orang
Brunei) dengan lebih 100 orang pejuang gagah berani dan berjaya membunuh semua
50 orang Tabais (orang Brunei) dan memotong ke semua 50 kepala Tabais (orang
Brunei) . Kejadian dan berita sedih ini sampai ke telinga Sultan.
Sultan ketika itu adalah seorang yg bijaksana dan faham akan
kejadian yang sebenar. Beliau juga tidak terburu buru merasa kecewa, marah atau
menjatuhkan sebarang hukuman terhadap masyarakat pribumi.
Sultan memanggil ahli lembaga Penasihat beliau dan
mendapatkan pandangan yang bernas untuk menyelesaikan isu ini dengan cara baik.
Para penasihat dan wazir mencadangkan agar Sultan menghantar
wakil yang lebih cekap dan berkebolehan untuk memilih dikalangan suku Kadazan yang
boleh dilantik sebagai ketua suku, diberikan gelaran dan pangkat seperti Datu
serta mampu mentadbir suku Kadazan itu sendiri bagi pihak beliau.
Selepas kejadian ini maka tidak ada lagi pemberontakan
berlaku di Penampang sehinggalah ke zaman British.
Gambar : Google,
Sumber : The Society Journal Vol. 3 dari catatan asal Native
Chief Tan Ping Hing..
No comments:
Post a Comment