Sunday, March 28, 2021

Sejarah Awal Kawang 1884

Oleh Kumis Kumis

The British North Borneo Herald

Daerah Kawang, di penghujung abad ke 19 adalah sebuah Wilayah Jajahan Sungai Tulin Kesultanan Brunei di bawah pentadbiran Sharif Jair Ibni Sharif Maulana Abdul Rahman.

Tetapi apa yang berlaku, penduduk Kawang dari suku Bajau Samah sebenarnya bersumpah taat setia dan membayar cukai kepada Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit dari Karambunai, Wilayah Jajahan Sungai Tulin Mengkabong.

The British North Borneo Herald

Daerah Kawang terletak di antara daerah Papar di sebelah Selatan dan Kinarut di sebelah Utara serta mempunyai persisiran pantai berhadapan dengan laut sepanjang 3 batu.

Sungai Kawang agak sukar dilalui oleh sebarang jenis kapal pada ketika air surut kecuali perahu kecil dengan kedalaman Sungai sekitar 1 hingga 5 kaki sahaja.

Apabila waktu air pasang pula kedalaman Sungai Kawang boleh mencapai sehingga 12 kaki.

Sekitar setengah batu di sebelah tepi kiri Sungai Kawang terdapat sebuah rumah besar penduduk tempatan dan mempunyai jambatan panjang hingga ke sungai.

Di tepi rumah tersebut ada sebiji meriam lama yang berkarat di mana kita boleh bayangkan bahawa rumah itu milik seorang ketua masyarakat zaman dulu kala yang mungkin meninggal dunia disebabkan jangkitan penyakit kolera sekitar tahun 1882.

The British North Borneo Herald

Dalam lebih kurang, 3 batu masuk ke dalam Sungai Kawang, Sungai tersebut agak melebar umpama sebuah tasik.

Di tepi sungai itu terdapat beberapa rumah penduduk tempatan yg sedang memproses serbuk garam.

Dari kawasan ini dan masuk ke dalam lagi Sungai Kawang agak menyempit berliku liku dan selepas setengah batu mengayuh sampai ke kawasan lumpur landai di mana terdapat 25 buah rumah penduduk awal yg dikenali sebagai Kampung Kawang Laut.

Sungai Kawang selepas itu agak sukar masuk ke dalam lagi disebabkan ada sebuah jambatan merentasi Sungai tersebut.

Suku Bajau Samah yg tinggal di kawasan ini hidup berkelompok dan agak mudah mesra dengan sesiapa saja.

Sebelah kanan Kampung ini ada sebuah paya dan jika jalan terus ke hadapan akan menghala ke jalan Papar dan sebelah kiri Kampung ini menuju ke Kinarut dengan suasana dan pandangan bukit bukau Ulu Papar di bahagian belakangnya.

Kampung Kawang Ulu terletak beberapa jam perjalanan kaki dari Kampung Kawang Laut dan terdapat lebih kurang 50 buah rumah penduduk tempatan.

Pengiran Abdul Rauf mengutip cukai kepala terhadap semua penduduk Kawang dan Syarif Jair dari Putatan wakil Sultan Brunei cuma mengutip cukai dari beberapa Kampung Suku Dusun di sebelah pedalaman.

Suku Bajau Samah Kawang di zaman itu merupakan golongan yg agak miskin dan yg tertindas menyebabkan ada antara mereka terpaksa mencari apa saja pekerjaan sehingga di Papar untuk menampung kehidupan yg amat susah dan perit.

Mereka cuba mengelak sama sekali agar tidak menbuat sebarang masalah atau persengketaan di Kinarut disebabkan Suku Dusun Kinarut terkenal akan menyerang balas serta merta.

Pengambilan Wilayah Kawang pada 20.2.1885 dari Sharif Jair, telah di lakukan secara paksa dengan alasan bahawa  kawasan tersebut tidak mematuhi sebarang peraturan serta undang undang dan perlu di tadbir oleh pihak kompeni.

Tetapi dalam catatan dalaman pihak kompeni pula, sebenarnya pengambilan Daerah Kawang dari pentadbiran Wilayah Jajahan, Kesultanan Brunei adalah tidak digalakkan dari sudut ekonomi kerana daerah Kawang agak sukar menghasilkan pungutan cukai kepala, cukai kastam dan hasil dari royalti kerana jumlah keseluruhan cukai yg di kutip cuma sekitar $350 setahun.

Sumber:

1. The North Borneo Herald 1.11.1884

2. R. M. Little - Timbalan Residen, Wilayah Keppel

No comments:

Post a Comment

Sabah/North Borneo: Chronological Notes and Important Dates

Edited By Kumis Kumis  1.  INTRODUCTION North Borneo  occupies the northern portion of the Island of Borneo and was a British-Protected stat...