Wednesday, December 30, 2020
PANTAI TIMUR SABAH/SABAH EAST COAST
PANTAI TIMUR SABAH/SABAH EAST COAST
Articles in Malay
- Sejarah Tawau-Siri Tokoh Pejuang - Perang Dunia Ke-2: Siapakah Panglima Orang Tua Gata Bin Bunggang di Tawau, Sabah ?
- Sejarah Awal Suku Kaum Buludupi, Kisah Gua Gomantong dan Perang Sabil Pangeran Di Gadong Samah, Sandakan
- Legenda Raja Tua Batulong dan Asal Usul Suku Dumpas, Sandakan, Sabah
- Perjanjian Damai Penungah, Labuk-Kinabatangan, Sandakan pada 3.5.1887
- Sejarah Awal Suku Tombonuo, Kinabatangan, Sandakan
Articles in English
- Tawau History - Street Name Series: Jalan Nissan Norin, Jalan Kuhara, Jalan Dr Yamamoto and Jalan Kubota, Tawau
- Tawau History - Street Name Series: Jalan Kelapa (Coconut Road) and Jalan Abaca (Manila Hemp Road), Tawau
- Tawau History - Street Name Series: Jalan Morrell, Tawau
- Tawau History - Street Name Series : Jalan Cole Adams, Tawau
- Tawau History - Street Name Series: Jalan Dominic, Tawau
PANTAI BARAT SABAH/SABAH WEST COAST
PANTAI BARAT SABAH/SABAH WEST COAST
Articles in Malay
- Siapakah Pengiran Mohammad Pandasan abad ke 19 , Kota Belud ?
-
Sejarah Awal Pentadbiran Overback Dent Association sebelum Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British di Pandasan dan Tempasuk, Kota Belud di
abad ke 19.
-
Dimanakah Fort Alfred atau Kota Alfred di Tempasuk, Kota Belud?
-
Sejarah Ringkas Pahlawan Dusun Aki Gumboi dan Aki Lengkatu, Kampung
Melangkap, Kota Belud (Aki Gomboi dan Aki Linggatu)
-
Siapakah Dato Kilan Petagas dan Tanjung Aru pada tahun 1884?
-
Jalan Haji Jacob, Jesselton / Lorong Haji Yacoob, Kampung Air, Kota
Kinabalu, Sabah
-
Perjanjian Damai dan Batu Sumpah Tuaran-Kiau 7.3.1887
- Sejarah Awal Kawang 1884
- Sejarah Perjanjian Penyerahan Negeri Simbulan kepada pihak Syarikat Berpiagam British Utara Borneo, 23.3.1898
- Pemberontakan Aki Si Gunting, Aki Simbarrang, Aki Togallen dan Aki Tampuhim, Pahlawan Dusun, Kampung Sayap , Kota Belud pada tahun 1894
- Sejarah Awal Putatan dan Penampang Di Zaman Pemerintahan Datu Menteri Babu
- Sorita Boruruk: Suku Tatana, Kuala Penyu
- Sorita Kikuta/Perang Kikuta: Suku Tatana, Kuala Penyu
- Sejarah Awal Inanam sekitar tahun 1735: Suku Dusun "Tobilung"
- Sejarah Awal, Catatan Lisan dan Legenda Suku Tatana, Kuala Penyu
- Sejarah Awal Penampang: Pemberontakan Buis Kulintangon, Penampang
- Perang Pandasan, Kota Belud 1915 - Pemberontakan hebat terakhir Penduduk Sabah. Siapakah Sharif Ali?
- Sejarah Awal dan Catatan Lisan Mengkabong, Tuaran di abad ke 18 dan 19
Sunday, December 13, 2020
Sejarah "Misangod Rondom" di Borneo Utara
Oleh Kumis Kumis
Sebuah catatan serba ringkas, satu cerita pengenalan tentang
erti dan sejarah Misangod Rondom bagi mereka yang tidak tahu tentang adat resam memburu kepala di Borneo Utara.
"Sangod" bererti "perang" atau musuh,
pihak lawan atau satu ancaman terhadap seseorang dan "Rondom" bererti
"berperang”, "peperangan" atau satu malam yang amat gelap gelita
tanpa sebarang cahaya atau tanpa sinaran cahaya bulan dalam bahasa
Kadazandusun.
Memburu kepala, "mangayau" merupakan upacara atau
peristiwa yang amat penting dalam kehidupan harian zaman dulu kala di Borneo,
bukan saja dikalangan suku Kadazandusun malah suku pribumi yang lain seperti suku
Murut, Iban, Idaan dan sebagainya, sehinggakan ada masa tertentu dalam setahun
di panggil musim "Misangod Rondom".
Sesuatu musim "peperangan" di malam yang gelap
gelita serta mengerikan atau musim memburu kepala, "mangayau" di satu
malam hari yg amat ditakuti.
Pelbagai sebab berlakunya upacara memburu kepala antara
lainnya adalah disebabkan satu cara membuktikan keberanian seseorang , untuk
mendapatkan seorang isteri dari suku yang berlainan, peperangan antara suku,
membalas dendam, keperluan spiritual dalam upacara memuja roh atau semangat dan
macam macam lagi.
Upacara memburu kepala atau peperangan suku kaum merupakan
satu musim yg amat dahysat, kejam serta mengerunkan dan banyak orang akan
terkorban malah sehingga boleh memusnahkan sebuah perkampungan dan beberapa
penempatan lain disekitarnya.
"Misangod Rondom" dikatakan adalah punca utama
perpindahan suku kaum dari satu tempat ke tempat yg lain untuk mengelakkan
tekanan serta penindasan dari suku yg jauh lebih kuat. Sebilangan Suku kaum
ingin hidup sekadar mencari satu kawasan yg mereka boleh menikmati kehidupan yg
lebih tenang.
Seorang pendakwah barat bernama Rev. Thomas Jackson pada
tahun 1880 semasa di Borneo Utara berkata "The missionary living or
travelling in the Interior in constant danger of losing his life by head
hunters. In some tribes a young man is not allowed to marry unless he can prove
his bravery by taking at least one head. A head is required before a person can
be buried; others when people are sick; or in many other occasions. This head
must be procured not from the hunter's own tribe but elsewhere; it may be
necessary to go a long distance before one can be got; hence the term hunting
as applied to this custom. An unarmed missionary would be an easy victim if he
should chance to come in the way of a party in search of cranium or skull"
Ada lebih kurang 25 atau lebih suku Kadazandusun yg utama yg
tinggal di lembah Kawananan dan Kogibangan sebelum tumbangnya Nunuk Ragang.
Setiap perkampungan ketika itu mempunyai seorang pemimpin yg
juga seorang pahlawan agung yg sungguh gagah berani, terkenal dan terbukti
kehebatannya dalam peperangan demi peperangan serta berupaya melindungi suku
kaum dan perkampungannya. Kampung yg hebat biasanya mempunyai sistem pertahanan
yg baik dan juga mempunyai ramai pahlawan yg hebat dan terbilang.
Di zaman dulu kala, apabila seorang pahlawan hebat terdengar
akan adanya seorang pahlawan yg lebih hebat, gagah dan terkenal darinya dari
satu suku atau perkampungan yg lain maka beliau akan mencabar pahlawan suku dan
perkampungan tadi, iaitu dalam masa tiga hari mereka akan datang menyerang
kampung tersebut dan sekiranya dalam masa tiga hari Kampung yg mencabar tidak
datang maka Kampung yg dicabar tadi tidak akan duduk diam lalu mereka akan
datang menyerang Kampung yg mencabar mereka.
Upacara Misangod Rondom ini sentiasa berlaku di satu malam
yg amat gelap gelita yg amat menyeramkan.
Jika satu suku tersebut merasakan diri mereka lemah dan
tidak mampu bersaing dengan suku yg jauh lebih kuat maka mereka terpaksa
bersumpah taat setia serta berjanji menjadi orang bawahan dan pengikut suku yg
lebih kuat tadi.
Pernah juga berlaku upacara Misangod Rondom tanpa sebarang
cabaran di mana suku yg satu lagi menyerang secara tiba tiba dan cuba
menggunakan tektik kejutan atau serangan mengejut untuk mengalahkan musuh yg
kurang bersedia dan tidak berjaga jaga. Kadang kala serangan ini mengorbankan
ramai orang termasuk wanita dan anak anak kecil.
Serangan tadi biasanya akan di balas balik serta merta untuk
membalas dendam. Serangan demi serangan dan peperangan demi peperangan saling
bunuh membunuh tanpa belas kasihan adalah zaman yg dikenali sebagai zaman
Misangod Rondom.
Serangan suku Sukang atau Makiang di Kinabatangan terhadap
suku suku sekelilingnya tidak di anggap sebagai Misangod Rondom kerana serangan
itu merupakan serangan untuk menguasai sumber perdagangan serta hasil hutan di
kawasan tersebut.
Misangod Rondom antara suku kadang kala disebabkan perkara
yg kecil yg berlaku antara dua suku yg tinggal berhampiran atau hidup berjiran.
Contohnya Suku Tompias di Minusu di Ulu Kinabatangan tidak mahu balik ke
Kampung asal mereka apabila telah pergi jauh berpindah mencari kehidupan baru
kerana tidak mahu balik dan tiba tiba terjumpa musuh yg kuat berperang yg
pernah menjadi Jiran mereka dulu.
Misangod Rondom adakalanya satu peperangan yg di rancang
dengan teliti di mana pahlawan pahlawan Suku Sunsuron dari Tambunan akan pergi
sejuh Telupid untuk memburu kepala. Suku Kogosingan pula bergerak jauh untuk
memburu kepala Suku Kimaragang di kawasan Bengkoka serta menyerang sehingga
Kinasaraban dekat Kundasang.
Apabila musim Misangod Rondom, Suku Lotud dari Tuaran yg
terkenal dengan kehebatan tentera mereka serta memiliki ramai pahlawan pahlawan
yg hebat dan gagah berani akan menyerang suku Momogun di Kudat, Suku Kimaragang
di Sungai Bengkoka dan Suku Tabilong di Inanam. Tujuan utama menyerang jauh
dari perkampungan sendiri biasanya atas tujuan membalas dendam serta untuk mendapatkan
jumlah kepala yg banyak. Memburu kepala sekadar beberapa kepala saja bukan di
panggil Misangod Rondom.
Di zaman pemerintahan kompeni SBBUB sekitar tahun 1883,
Dalrymple pernah di hantar untuk menyelesaikan masalah antara Suku Tindal di
Tengilan dan Suku Lotud dari Tuaran yg masing masing membawa lebih dari 1000
orang pahlawan bersiap sedia untuk berperang. Di masa yg sama Suku Tagahas
menyerang Suku Tuhawons sehinggakan mereka terpaksa pindah dari Utara Tambunan.
Sebagai seorang pahlawan yg menyertai serangan demi serangan
sebenarnya adalah untuk menunjukkan lambang keberanian yg luar biasa dan ciri
ciri keberanian ini akan memudahkan pahlawan tersebut mendapatkan isteri dan
mencapai kedudukan yg tinggi dalam kaumnya.
Misangod Rondom juga membuat Suku kaum yg kuat dan terkenal
akan mendapat kawasan pertanian yg subur dan boleh mendatangkan hasil yg baik.
Misangod Rondom setiap suku jarang menikmati kehidupan yg
aman dan nyawa setiap orang boleh berakhir dengan ngeri bila bila masa. Hidup
dalam suasana aman damai adalah satu perkara yg sementara saja. Banyak suku
kaum ketika itu terpaksa berpindah jika gagal melawan Suku yg lain.
Cuma sebilangan Kecil suku yg berjaya mengecapi kehidupan yg
aman buat satu jangka masa yg panjang dan mereka adalah suku yg tinggal jauh
tinggi di sekitar Gunung Kinabalu.
Owen Rutter pada tahun 1929 agak terkejut apabila melawat
rumah rumah suku Kadazandusun kerana tidak lagi banyak tengkorak bergantung di
rumah berbanding pada tahun 1846 di mana Kapten Rodney Mundy mencatatkan jumlah
tengkorak yg tidak terhitung banyaknya di rumah suku dusun Membakut.
Ini tidak bermakna Suku Dusun Membakut lebih kejam dari suku
yg lain kerana semua suku yg terkenal yg hidup dizaman itu tidak kurang juga
kekejaman mereka.
Misangod Rondom berlaku ratusan tahun turun temurun dari
satu generasi ke satu generasi dan menjadi salah satu lumrah kehidupan di
Borneo dan hanya berhenti di zaman pemerintahan kompeni.
Pada tahun 1884, Rev. Thomas Jackson mengatakan bahawa Suku
Kadazandusun selain dari budaya memburu kepala yg agak ganas adalah merupakan
suku yg mempunyai banyak sifat serta nilai kehidupan yg baik dan murni jika
mereka ini dikenali dengan lebih dekat lagi.
Penulis memohon ampun dan maaf jika ada catatan atau maklumat yang tersalah tulis dan membawa pengertian yang lain dalam usaha ingin belajar dan memahami adat resam suku lain di Sabah.
Sumber :
1. Owen Rutter - British North Borneo
2. Carl Brock - The Head Hunters of Borneo
3. Bro Peter Phelan - Head Hunting and The Magang Ceremony
in Sabah
4. P S Shim - Inland People of Sabah
Gambar:
Old photos archives
Sabah/North Borneo: Chronological Notes and Important Dates
Edited By Kumis Kumis 1. INTRODUCTION North Borneo occupies the northern portion of the Island of Borneo and was a British-Protected stat...
-
By Kumis Kumis There are streets called Jalan Nissan Norin (Nissan Norin Street), Jalan Kuhara (Kuhara Street), Jalan Dr Yamamoto (Dr Yama...
-
Perang Pandasan, Kota Belud 1915 - Pemberontakan hebat terakhir Penduduk Sabah. Siapakah Sharif Ali?Oleh Kumis Kumis Koleksi Peribadi Sabah Society Journal Fail Perang Pandasan, Koleksi Peribadi Sehingga hari ini masih ramai yang bertanya...
-
Oleh Kumis Kumis Sungai Putatan Sungai Putatan Daerah Penampang dikatakan tidak berpenghuni di abad yang ke 17. Cuma ada sebuah perkampung...